Genap seminggu menerima
kehadiran putera kedua, pelakon Fouziah Ghous dan suaminya, Zhafran Yusof
semestinya tidak sabar meniti kehidupan baharu dengan bayi baru mereka
disamping putera sulung, Muhammad Zeeshan Zhafran. Mesti yang paling happy si
ayah kan. Lepas ni, tambahlah lagi geng.
Mengikut laporan, Fouziah sepatutnya dah keluar dari hospital
Sabtu lepas. Namun, menerusi intipan OhBulan! semalam, pelakon dan
pengacara program Nona itu masih lagi berada berada dalam wad. Tidak pasti apa
sebabnya, mungkin mahu rehat lebih lama. Menariknya, sepanjang berada di wad,
Zhafran melayan habis isterinya itu, siap hidang makan malam…
Ala fine dining chuolls
Romantik habis ‘Chef’
Zhafran ni! Memandangkan pelakon itu dalam tempoh pantang buat ketika ini,
memang tak boleh keluar sangat. Jadi, dibawanya fine dining ke wad. Lucu
memang lucu, tapi effort tu! Ye lah, nak menghargai pengorbanan isteri
bertarung nyawa, apa salahnya ye tidak?
Hargai isteri
Hargai isteri
Kalau tengok pos lain pun,
nampak Zhafran ni memang sweet sangat dengan isterinya. Terbaru, menerusi
kemaskini story Instagram Zhafran, Fouziah telah pun keluar dari hospital. Kami
di OhBulan! mendoakan perjalanan baru ini ditempuhi dengan penuh kesabaran disamping
dua putera #zhafoujr!
Sumber: Instagram Fouziah Ghous, Zhafran Yusof
0 comments:
Post a Comment