Marang: Barangan terbuang seperti plastik, kertas, tin minuman
dan besi buruk yang dikutip dari tong sampah menjadi sumber rezeki kepada Jusoh
Said, 46, meneruskan kehidupan selepas diserang penyakit misteri lebih setahun
lalu.
Dia yang tinggal sebatang kara di rumah pusaka peninggalan
bapanya yang usang di Kampung Paya Resak di sini, berkata, penyakit itu
menyebabkan kaki dan pinggangnya menjadi lemah sekali gus menyukarkannya
melakukan kerja berat.
Jusoh yang pernah bekerja di Perwaja Steel, Telok Kalong di
Chukai berkata, dia tidak malu apabila terpaksa menyelongkar tong sampah bagi
mencari bahan buangan yang boleh dijual kerana menganggap ia lebih baik
daripada mengharap belas ihsan orang lain.
“Saya tidak malu melakukan pekerjaan ini kerana ini saja kerja
yang mampu saya buat. Semua barang yang saya kutip kemudian dikumpul di hadapan
rumah sebelum dijual di pusat kitar semula di Pulau Musang 10 kilometer dari
rumah.
“Setiap jualan dapat RM10 dan duit itu saya gunakan untuk
mengisi perut dan minyak motosikal,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Dia juga menyedari berdepan pelbagai risiko termasuk kemalangan
ketika berada di jalan raya berikutan kenderaan yang digunakan tidak sempurna
dan sering mengalami kerosakan.
Jusoh yang pernah menjalani kehidupan selesa suatu ketika dulu
berkata, dia terpaksa menggunakan motosikal berkenaan kerana kenderaan itu
satu-satunya yang dia ada dan boleh digunakan.
“Saya tahu bahaya tetapi saya tidak ada pilihan selain
menggunakan motosikal ini untuk bergerak. Saya tidak mampu membaiki motosikal
ini apatah lagi membeli kenderaan yang lebih sempurna,” katanya yang
mengidamkan motosikal roda tiga.
Menurutnya, kenderaan itu memudahkan dia membawa barangan yang
dikutip selain melakukan pekerjaan lain seperti menjual sayur dan ikan di
kawasan kampung.
“Saya berharap ada pihak yang sudi membantu sa-
ya mendapatkan kenderaan berkenaan,” katanya yang memperoleh pendapatan antara RM250 hingga RM300 sebulan.
ya mendapatkan kenderaan berkenaan,” katanya yang memperoleh pendapatan antara RM250 hingga RM300 sebulan.
Selain itu, Jusoh juga mengharapkan ada pihak yang sudi
menghulurkan bantuan membaiki kediamannya yang rosak teruk akibat ribut
sebelumi ini.
Menurutnya, rumahnya sudah
usang kerana sebahagian dinding roboh manakala bahagian lantai runtuh akibat
dimakan anai-anai.
0 comments:
Post a Comment