Tuesday, November 7, 2017

Filled Under:

4 Cara Selamat Nak Tempoh Period Yang Cepat Dan Sekejap




Malang sangat kan bila tarikh percutian bersamaan dengan tarikh datang haid! Nak mengamuk pun ada, sabar jelah… 
Datang haid bukan kegemaran penulis, biarpun ia menunjukkan badan dan hormon bekerja dengan baik tapi ia akan memberi beban pada diri penulis. Heavy flow, cepat lesu dan emosi tidak menentu memang bukan waktu yang terbaik untuk pergi bercuti. Siapa setuju dengan penulis pasti anda pun tercari-cari cara paling cepat untuk tamatkan tempoh period sebelum hari bercuti. 
Biasanya tempoh aliran haid dalam 4-5 hari bukan? Untuk mereka untuk mempercepatkan atau menghabiskan haid dengan lebih awal ada caranya. 

#1 Minum Air Putih

Bermula hari pertama haid, rajin-rajinkan diri mengambil air putih atau masak. Ia boleh membuang segala lebihan dan dapat melancarkan aliran darah dengan lebih baik. 

#2 Ambil Vitamin C

Pengambilan Vitamin C boleh mengurangkan tahap progesteron dengan mengeluarkan sisa darah dengan lebih cepat. Dimana tempoh haid lebih pendek, tapi pastikan anda ambil Vitamin C mengikut dos yang tepat. Overdose dalam Vitamin C boleh menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan insomnia. Atau untuk mudah, minum sahaja jus oren setiap pagi

#3 Bersenam 

Aktiviti regangan dan mengamalkan gaya hidup aktif antara cara paling terbaik untuk mendapatkan tempoh haid yang sekejap. Kalau anda memang nak tempoh haid yang cepat, kena bersenam selalulah! 

#4 Urut dan Panaskan 


Urut pada bahagian uterus atau letakkan pemanas abdomen untuk membantu aliran darah yang lancar. Selain itu, teknik ini juga melegakan kekejangan semasa haid. Penulis suka tampal Yoko Yoko Menstrual Pain semasa rehat dan rasa panas pada bahagian bawah abdomen memang melegakan. 




0 comments:

Post a Comment