“Syikin, tolong mak... tolong mak.” Itu jeritan terakhir mangsa,
Noriah Kasa, 40, ketika menghubungi anak sulungnya, Norasyikin Zuryanidufizan,
22, ketika dia tersepit dalam kemalangan dua bas kilang di Kilometer 147
Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Tol Juru, hari ini .
Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga Norasyikin sehingga
sekarang selepas ibunya disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu.
Norasyikin berkata, dia ketika itu dalam perjalanan ke tempat
kerja menaiki van kilang sebelum menerima panggilan ibunya.
“Arwah menelefon saya dan meminta tolong beberapa kali sebelum
panggilannya terputus,” katanya.
Menurutnya, dia tidak tenteram ketika berada di dalam van yang
berhenti akibat terperangkap dalam kesesakan trafik.
“Saya kemudian menghubungi rakan saya (Mohd Sabri Azhar)
memintanya menjemput saya di tepi lebuh raya.
“Ketika itu saya cuba menghubunginya namun tidakberjawab,”
katanya.
Sementara itu Mohd Sabri berkata, dia kemudian menjemput
Norasyikin dan membawanya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum diberitahu
bahawa ibunya meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dalam kejadian 5.30 pagi, hari ini, lapan wanita terdiri
daripada tujuh warga Indonesia dan seorang wanita warga tempatan (Noriah Kasa)
maut.
0 comments:
Post a Comment