Kita telah mengetahui kata Ahmad
Iqbal, tetapi apa pula kata Vida sendiri berkenaan perhubungan mereka? Kepada
Harian Metro, Vida memberitahu:
Anak
ikan? Muka dia muda. Saya pun tidak rasa saya tua. Saya muda dan kalau
bergambar tu macam tak jauh (beza) antara saya dengan dia. Macam ada kematangan
pada diri dia. Jadi anak ikan… tidaklah… mana ada.
Saya bukan jenis ambil anak ikan.
Amanah Allah SWT bagi, untuk apa saya pelihara benda macam ini. Walaupun saya
gedik dan bukan alim, tapi saya tahu jaga diri. Dia sentiasa ada dengan
keluarga saya. Nak bawa orang masuk dalam rumah bukanlah senang-senang.
Saya
kasihan baca komen negatif tapi Alhamdulillah dia tenang tapi terkesan juga
apabila orang cakap saya tak sedar diri nak lelaki kacak muda saja. Buat
skandal. Saya tahu ramai suka dia setiap kali pergi kemana-mana pun tetapi
bukan alasan itu untuk berada di samping saya dan satu lagi, dia bukan penyebab
perceraian saya.
Kepada mStar Online pula, Vida
mendakwa hubungan mereka ialah majikan dan staf sahaja:
Tak. Dia hanyalah staf saya tidak lebih dari itu.
Tak. Dia hanyalah staf saya tidak lebih dari itu.
Jodoh
dan pertemuan di tangan Allah. Saya nak yang terbaik untuk saya dan juga
anak-anak… seorang suami yang setia dan bukan mahukan wang ringgit saya. Saya
mahu dia menyayangi saya seperti Rasullah menyayangi Siti Khadijah, jadi orang
paling bahagia.
Vida juga memberitahu yang dia
terharu dengan tindakan Cik B yang mendakwa tidak akan membenarkan ibunya
berkahwin dengan Ahmad Iqbal kerana ia disifatkan sesuatu yang dilakukan untuk
melindungi dirinya:
Cik B sebenarnya masih trauma. Dia lihat sendiri kisah perkahwinan saya tiga kali gagal depan mata. Semuanya nak duit sahaja.
Cik B sebenarnya masih trauma. Dia lihat sendiri kisah perkahwinan saya tiga kali gagal depan mata. Semuanya nak duit sahaja.
Manusia
hanya mampu merancang namun yang menentukan Allah jua. Mungkin jua Ahmad Iqbal
seorang yang tulus dan ikhlas, jadi terpulanglah kepada Ahmad Iqbal bagaimana
mahu meyakinkan Vida dan Cik B bahawa dirinya menyayangi wanita itu, dan bukan
sekadar mengikut jejak langkah bekas-bekas suaminya. – beautifulnara.com



0 comments:
Post a Comment