Saturday, October 14, 2017

Filled Under:

Resepi Orang Tua-Tua : Laksa Kedah yang paling sedap dan mudah





Kat dalam Malaysia ni, boleh kata hampir setiap negeri ada laksa versi masing-masing. Namun laksa yang agak mirip dari segi rupa dan bahan hanyalah tiga laksa di utara tanah air iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Namun setiap laksa ini berbeza dan punya ciri tersendiri.
Kali ini kami nak kongsikan resepi orang tua-tua cara buat laksa Kedah. Try la buat. Sedap ni!

Bahan-bahan :

1 bungkus laksa kasar, direndam sehingga lembut kemudian direbus1 kg ikan termenung (kembung) @ ikan selayang (sardin)2 genggam cili padi (boleh dikurangkan atau lebihkan mengikut citarasa)2 sudu kecil belacan4 ulas bawang merah10 asam keping3 tangkai daun kesum2 batang bunga kantan, dibelah dua secara memanjang3 batang serai, dititik
Bahan untuk ditabur atas laksa:
Daun pucuk gajusDaun pucuk putatDaun ulam rajaDaun selomTimun, dimayangCili padi, dihiris halusBawang besar, dihirsTelur rebus, dibelah mengikut citarasaLimau nipis, dibelah dua untuk perahanKicap manis


Cara memasak :
  1. Rebus ikan bersama 3-4 asam keping dan sedikit garam.
  2. Setelah ikan masak, keluarkan ikan dan perisikan dengan mengasingkan isi serta tulang dalam dua bekas berlainan. Buang asam keping.
  3. Kisar tulang ikan bersama air rebusan ikan tadi. Buat sedikit demi sedikit. Kemudian tapis beberapa kali sehingga anda pastikan tiada tulang kasar tertinggal dalam air rebusan.
  4. Tumbuk atau kisar isi ikan. Kalau suka rasa ketulan ikan dalam kuah, jangan tumbuk halus sangat.
  5. Kemudian kisar bawang merah, cili padi dan belacan.
  6. Didihkan kembali air tapisan tulang ikan dan bahan kisar (bawang + cili + belacan) dalam periuk. 
  7. Setelah mendidih, masukkan isi ikan yang telah ditumbuk, asam keping selebihnya, serai, bunga kantan, dan daun kesum. Rebus sehingga kuah agak pekat dan bergabung mesra.
  8. Setelah kuah pekat barulah masukkan bahan perasa (garam @ gula) secukupnya. Bolehlah dihidangkan.

Nota:
  • Boleh juga gantikan cili padi dengan cili kering ataupun dicampurkan kedua-duanya. Cili kering akan membuatkan kuah laksa menjadi lebih berwarna terang kemerahan.
  • Ada sesetengah orang suka masukkan kiub pati ikan bilis ke dalam kuah. Anda bolehlah masukkan sekiranya suka. Tapi resepi asal laksa Kedah memang tak ada la masuk kiub-kiub segera ni. Hehe
Selamat mencuba!






0 comments:

Post a Comment