Pastinya ramai yang meminati
minuman bubble tea ini, bukan sahaja lazat, malah menarik minat sesiapa sahaja
yang memandangnya. Sehinggakan tiada seorang pun yang terfikir akan kesannya
terhadap tubuh badan.
Hasil
kajian baru-baru ini menunjukkan bukti yang bertentangan! Air bubble tea
mungkin boleh menyebabkan kanser. Minuman ini bukan sahaja popular di Malaysia,
malah popular juga di Eropah. Siapa sahaja yang sanggup mengatakan tidak jika
dipelawa meminum bubble tea?
Tetapi untuk pengetahuan
anda, bubble tea tidak sesuai untuk diminum dengan kerap kerana bimbang boleh
menyebabkan kanser.
Apabila pengkaji Jerman
menerbitkan kajian tentang bebola ubi (biji bubble) yang berasal dari Taiwan
ini mengandungi bahan kimia karsinogenik. Walaubagaimanapun, produk ini telah
diuji secara individual oleh Taiwan dan Singapura dengan keputusan yang ‘pearl’
tersebut selamat dimakan.
Banyak
amaran kesihatan telah dikeluarkan memberitahu orang ramai untuk tidak meminum
minuman ini, namun ada segelintir masyarakat yang memandang rendah akan berita
ini dan menganggapnya sebagai perkara yang tidak perlu dirisaukan.
Bahan
kimia yang tidak patut ada di dalam makanan
Laman sesawang Huffington Post
telah melaporkan yang para pengkaji Jerman di University Hospital Aachen,
menyatakan yang mereka telah menjumpai kesan bahan kimia penyebab kanser di
dalam bebola ini.
Para
saintis juga telah menemui polychlorinated biphenyls atau PCBs seperti styrene,
acetophenone, dan brominated, bahan kimia yang tidak patut ada di dalam
makanan.
Huffington
Post juga ada menyatakan bahawa PCB selalunya dijumpai dalam barang elektrik
seperti lampu kalamantang yang memang dikenali sebagai penyebab kanser dan
masalah terhadap sistem imun, sistem reproduktif dan sistem saraf. Dengar pun
sudah tahu bahawa ia memang bahaya untuk tubuh badan.
Laporan
ini telah menyebabkan amaran kesihatan dikeluarkan selepas amaran bahaya
tercekik pada kanak-kanak sebelum ini. Jika ia merbahaya untuk orang dewasa,
apatah lagi untuk kanak-kanak.
Bahaya
makan PCBs
Seperti yang dinyatakan di atas, PCBs adalah bahan kimia penyebab kanser di dalam bebola ubi. Menurut Universiti Queensland, PCBs boleh menyebabkan kesan teruk kepada pesakit asma. Amaran buat mereka yang mengalami sakit asthma supaya jangan sesekali mengambil minuman ini.
Seperti yang dinyatakan di atas, PCBs adalah bahan kimia penyebab kanser di dalam bebola ubi. Menurut Universiti Queensland, PCBs boleh menyebabkan kesan teruk kepada pesakit asma. Amaran buat mereka yang mengalami sakit asthma supaya jangan sesekali mengambil minuman ini.
Wanita
yang terdedah kepada PCB sebelum atau semasa hamil boleh melahirkan bayi dengan
masalah kesihatan termasuklah masalah IQ yang rendah dan memori yang teruk.
Bayi yang lahir selepas terdedah kepada PCBs juga mempunyai berat yang ringan
berbanding bayi lain. Bayi-bayi ini mempunyai saiz kepala yang lebih kecil.
Lebih
menggerunkan, PCBs boleh dipindahkan dari ibu kepada anak mereka melalui
penyusuan ibu. Disebabkan itu, sememangnya sejak dahulu lagi para ibu
disarankan berpantang makan ketika masih menyusu anak kecil
Kita harus bijak memilih apa yang
terbaik untuk tubuh badan kita. Jangan hanya fikirkan keenakkan semata-mata,
fikirkan juga kesan jangka panjang jika anda mengamalkan memakan atau minum
minuman yang tidak berkhasiat dan boleh mengancam nyawa anda!
Sumber:
My.theasianparent.com



0 comments:
Post a Comment