Sudah jatuh ditimpa tangga!
Hasrat seorang wanita berbelanja di sebuah pasaraya terbantut apabila dirinya
menjadi mangsa ‘tukar troli’ oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Modus
operandi pencuri terbabit memang licik. Mangsa akan diperhatikan gerak geri
sebelum mereka menukar troli yang penuh berisi barang yang sudah dibeli tatkala
mangsa terleka.
Tertukar
troli?
Saya nak share satu kejadian yang
berlaku pd saya di KIP Mart Masai mggu lepas. Peristiwa ini saya harap dapat
menjadi iktibar pada semua. Semoga anda semua lebih berhati2 ketika berbelanja
di sana. Pukul 6 ptg saya tiba di kip mart. Parking di bhgian pasar basah.
Terus beli ikan n barang2 dapur. Kemudian sya beli buah2an 6-7 jenis untuk buat
gubahan hantaran majlis kawin adik saya pd esok harinya iaitu 28hb Mei. Lenguh
jg berdiri pilih buah yg besar2 dan molek2, maklum la utk hantaran kan.
Lepas tu terus pegi bhgian
pakaian. Dah byk gerai2 jual baju raya. So dari 1 kedai ke 1 kedai cari baju
melyu utk anak lelaki nk khatam Quran pd mlm jumaat 27hb Mei. Dapat baju melayu
terus beli instant shawl utk anak2 perempuan yg nk khatam sekali. Dlm RM200
saya habis aritu. Nk balik tu saya pegi food court beli bungkus mkanan utk mkn
mlm anak2. Otw nk ke parking adik saya whataapp mak pesan beli daun salad utk
jamuan mkn beradap.
So saya trus pegi bhgian sayur.
Saya berhenti kt 1 kedai sayur tu, depan kedai2 jual ikan. Sebaris gerai2 jual
buah. Dekat la ngan pintu kluar. Saya letak troli kt blkg saya pastu terus
belek daun salad nk tgk fresh lg ke tak. Tak smpai seminit tgk, tak jd nk beli.
Saya pusing blkg dan tolak troli saya. Baru 2-3 langkah saya tgk dlm troli tu
bukn brg2 saya. Ada syur brplastik2 dan ikan kembung je.
Dah
banyak kes
Saya
dh panik tgk sekeliling cari mna troli saya. Mmg tkde pun kt situ. Saya
berlari2 ank dlm kip mart tu nk cari kot2 ada org trsalah ambik troli. Pergi
kaunter DJ takde org. Tanya ngn org2 kt situ semua tk nmpk. Akhirnya redha je
la dgn linangan air mata. Tak tahu nk cari kt mna lg. Fikiran dh buntu, saya
fikir nk blk je. Baru tringat kucing2 kt rumh. Ikan 3kg dlm troli tu dh lesap
jg. Saya pusing blk gi gerai ikan. Budak2 gerai tu tnya
“kak,
bukan ke akak dah beli ikan td. Ni akak yg nk blk segamat kn? Dah knpa akak
nangis2 ni?”
Dengan
sebak saya cerita kt diaorg apa yg berlaku. Rupa2nya diaorg bgtau dh byk kes
hilang troli kt kipmart tu. Ada yg dh belanja beratus2 ringgit, dh penuh 1
troli tiba2 hilang org larikn. Semua kejadian tu berlaku kt kedai2 sayur je.
Pencuri tu akan standby 1 troli lain utk ganti ngn troli kita. Klau kita
perasan dia ambil troli kita, nanti dia cakap “maaf salah ambik troli”
sebenarnya mmg niat diaorg nk curi troli tu. Pencuri tu dtg kipmart mcm kita
juga kononnya nk berbelnja. Tp dia akan perhatikn gerak geri mangsanya. Mereka
bukan sorg. Katanya dh mcm ada sindiket curi troli kt situ.
So
saya share cerita ni supaya semua tahu tentang kewujudan sindiket curi troli
tu. Semoga kita semua lebih berhati2 bila berbelanja di kipmart. Pastikn ada yg
jaga troli anda setiap masa. Jangan bagi peluang pada sindiket tu. Dah ramai yg
mengalami kerugian…ambillah iktibar dr kejadian ini. War2kan la pd shabat
handai dan kluarga anda. Apa2 pun sya redha mmg bukan rezeki kami sekluarga.
hari tu sya blk dgn ikan 3kg je… sya yakin Allah akan gantikn dengan yg lebih
baik lg. Alhamdulillah ternyata janji Allah itu pasti.
Sumber : Rose Jumat
0 comments:
Post a Comment