KUALA LUMPUR -
Penceramah bebas, Shahul Hamid Seeni Muhammad mengeluarkan satu kenyataan di
mana umat Islam dilarang menggunakan telefon atau gajet untuk bermain permainan
seperti 'Snakes and Ladders', lapor mStar Online.
Terdahulu,
penceramah berkenaan dalam satu videonya yang viral meminta umat Islam
tidak mengunjungi salun rambut yang diusahakan oleh orang bukan Islam.
Dalam video yang
dimuat naik di laman YouTube, Shahul diminta memberi pandangan mengenai
penggunaan iPad di kalangan kanak-kanak sehingga mereka leka dan tidak mahu
membaca Al-Quran dan hadis. Menjawab persoalan itu, Shahul berkata, ia
merupakan satu dosa dan tidak boleh dibiarkan berlaku.
"Bermain permainan video, daripada apa yang
saya faham adalah tidak dibenarkan. Hukumnya haram. Permainan dam, catur, Snake
and Ladders, semua tak boleh," katanya.
Selain itu, Shahul
turut melarang permainan pengumpulan aset seperti Saidina dan Monopoly serta
permainan Solitaire yang terdapat pada setiap komputer kerana ia boleh menjurus
ke arah perjudian.
Malah katanya,
hukum bagi pelajar yang gemar menghabiskan masa bermain permainan tembak
menembak di kafe siber juga adalah haram.
"Tak ada ke jurutera yang bagus dan boleh membuat permainan yang lebih Islamik? Kalau ada permainan seperti ini, pemahaman terhadap Islam pasti dapat ditingkatkan," katanya.
Video berkenaan
yang dipercayai sudah lama dirakam telah dimuat naik ke laman Youtube oleh satu
akaun bernama News Feed.
Sumber: mStar Online




0 comments:
Post a Comment