Tak lama dulu pernah sorang ustaz menyatakan:
(seboleh-bolehnya)
“Jangan makan dari air tangan orang yang tak Solat!”
Semua orang
tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang
tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan
solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada
zaman Nabi Musa a.s., ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada
zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan
minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan
isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak,
lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing
hitam.
Syariat pada
zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad.
Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena
denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar,
walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru
mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan
menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi
Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi
akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa
perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung
rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang
hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai
dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing
anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab
air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada
muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak
uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan
suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak
tergamak kan?
Tapi lain pula
halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai
satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas
air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang
baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni
hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj
sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat
Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat
Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maksudnya, “Solat, solat
jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah
tanggunganmu..”
0 comments:
Post a Comment