Beberapa hari lalu tular di
media sosial gambar sebuah keluarga bersama seekor anjing. Foto itu mendapat
pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang komen berunsur kecaman, tak kurang
juga yang bersangka baik.
Terbaru,
Syed Azmi menerusi laman Facebooknya berkongsi kisah sebenar foto keluarga ini.
Syed Azmi bertanyakan sendiri kepada salah seorang daripada mereka. Korang baca
sendiri kisah sebenar keluarga ini.
Dah biasa dengan komen negatif.
Foto ini
tular di media sosial beberapa hari yang lalu. Takda niat jahat, tapi
dia terpegun dengan foto itu.
Saya korek
dengan lebih mendalam hanya nak pastikan keluarga itu okay dari semua
komen negatif. Ia membimbang saya sedikit kerana saya pernah hadapinya sebelum
ini.
Alhamdulillah,
saya berjaya menghubungi salah seorang ahli keluarga dan berbual. Di sini, saya
kongsikan perbualan kami. Yakinlah, semuanya ok.
“Assalammualaikum
nama saya A dan saya boleh tahu kenapa kamu cari keluarga saya?”
Saya:
“Saya hanya nak pastikan keluarga dalam foto itu ok dan selamat.
“Oh, kami
ok, itu adalah foto lama, kami sudah biasa dengan komen negatif daripada orang,
kami abaikan mereka. Terima kasih banyak atas keprihatinan awak, saya
sebenarnya pergi ke acara awak, IWTTAD beberapa tahun
lalu sebelum foto itu diambil kerana ayah saya memiliki rottweiler untuk
tujuan penjagaan rumah tapi saya takut anjing. Jadi acara awak agak membantu
saya mengatasi ketakutan saya.
Saya
menghormati awak dan cara anda mengendalikan apa yang anda lalui selepas
acara tersebut. Terima kasih sebab tanya keadaan kami. Hanya abaikan apa
yang orang kata dan terus lakukan apa yang hati awak nak buat.”
Saya tanya
tentang foto dan persetujuan untuk berkongsi foto ini. Berikut adalah kisah
sampingan mereka dan saya rasa berbesar hati untuk berkongsi. Semoga
Allah melindungi mereka.
Takda guna nak yakinkan orang.
Hello
Assalammualaikum Syed Azmi, keluarga saya berterima kasih kerana hormat privasi
kami dengan meminta izin terlebih dulu sebelum berkongsi gambar raya kami.
Mereka cakap ok, tetapi ada beberapa perkara yang awak kena tahu, gambar
raya ini diambil pada tahun 2014. Ia viral pada syawal kedua tahun yang
sama selepas adik perempuan saya menyiarkannya di Instagramnya. Jadi kali
pertama ia viral, netizen mula bash kami tapi kami tak
hiraukan mereka dan tidak lama lepas tu, isu itu makin senyap. Saya
rasa setiap tahun ada orang kongsi foto ini tapi tidak sebesar seperti
kali pertama, tapi tahun ini lebih kecoh berbanding tahun sebelumnya.
Seperti
yang saya sebutkan tadi, kami mempunyai rottweiler di kampung untuk tujuan
menjaga rumah. Ibu bapa saya tinggal bersendirian, kami semua tidak berada di
kampung dengan mereka. Ayah saya sebelum ini pasang penggera perimeter dan CCTV
namun kecurian masih berlaku, dan rakaman CCTV yang ditunjukkan kepada polis
tidak membantu. Jadi ayah saya memutuskan untuk mendapatkan rottweiler, dan
kecurian tak lagi berlaku.
Jadi kami
ada sebab kami sendiri, orang akan mengata apa saja yang mereka nak dan
sebenarnya susah untuk yakinkan orang ramai. Tapi tak mengapa kerana
kami percaya Allah tahu. Sebab itulah kami hanya diam dan abaikan
segala-galanya, tak ada gunanya cuba meyakinkan orang. Rottweiler dalam foto
bernama Dino, sebenarnya tak lagi dengan kami, dia berkhidmat dengan baik. Kini
kami ada rottweiler baru di rumah bernama David dan kami sayang dia sama
seperti Dino.
Arwah datuk
saya adalah seorang Cina Muslim, dia mempunyai anjing ketika saya sangat kecil
tapi bila anjing itu mati, dia sudah tak membela anjing lain. Jadi kami semua
tidak biasa mempunyai anjing kecuali ayah saya. Kami semua pencinta
kucing, jadi apabila saya tahu berkenaan acara IWTTAD saya membawa
anak-anak saya bersama supaya mereka tidak jadi seperti saya dan kami dapat
banyak input semasa acara tersebut. Sekarang, saya ada beri makan
anjing-anjing liar dan tidak takut kepada mereka seperti sebelumnya.
Saya rasa
itu saja, terima kasih sekali lagi kerana cuba untuk hubungi kami.
Ia mungkin
tak sesuai untuk semua menerima tentang perkara ini. Bagi saya, ia sesuatu
yang indah.
Terima
kasih kerana memberi saya peluang berkongsi cerita ini. Semoga Allah memberkati
kamu semua.
Jangan lekas menghukum seseorang sebelum
mendengar kisah daripada pihak mereka. Ada sebabnya kenapa mereka membela
anjing.
Kredit
: Syed Azmi
0 comments:
Post a Comment