Pasti ada dikalangan anda yang
mengalami kesukaran untuk membuang air besar lebih-lebih lagi di waktu pagi.
Masalah
ini boleh diklasifikasikan dengan masalah sembelit dan pastinya ia
sangat-sangat membuatkan kita tidak selesa dan menggangu aktiviti harian.
Masalah usus jika dibiarkan mampu
memberi kesan yang sangat merbahaya kepada sistem tubuh badan lebih-lebih lagi
sistem pencernaan.
Dan
lebih membimbangkan lagi, penyakit yang berpunca dari masalah penghadaman
adalah punca keenam kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.
Masalah
usus lebih terdorong kepada masalah perut buncit dan semestinya ia akan mencacatkan
penampilan seseorang.#
Tahukah
anda bahawa amalan minum yogurt drink seperti yakult, vitagen dan sebagainya
dapat menjadikan usus anda sentiasa dalam keadaan baik.
Tetapi
ada satu lagi elemen yang wajib ada untuk menyingkirkan segala sisa makanan dan
selaput yang tersangkut pada saluran usus sekaligus mengempiskan perut.
Memetik
dari portal Vitdaily ada mendedahkan rahsia paling mudah dan murah yang anda
hanya boleh dapatkan di kedai atau pasaraya dengan kos lebih kurang RM9.
Jika
anda sayangkan usus anda, sila ikuti tips di bawah;
Nata
De C0c0+ Yakult
RM
4.00 + RM 5.oo = RM 9.00
Minum
Yakult bersama Nata De C0c0. Itu sahaja.
Kos
untuk kedua-kedua minuman ini hanyalah lingkungan RM9. Jika anda berkunjung ke
Tesco, mungkin harga kedua-dua minuman ini lebih murah dijual.
Cara
penyediannya pula amatlah ringkas, buang air manisan nata de coco dan gantikan
ia dengan air putih.
Ambil
sebotol minuman yakult dan campurkan bersama-sama 12-15 kiub nata de coco.
Amalkan
minum setiap kali bangun tidur (sebelum sarapan) dan sebelum tidur. (2 kali
sehari)
Menurut
Vitdaily, rahsia minuman bajet ini telah disy0rkan oleh seorang doktor
perubatan dan pastinya ia selamat dan berkahsiat.
Kesimpulannya,
tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk membeli sebarang supplemen atau
ubat. Hanya perlukan RM9 di dalam poket, usus anda sihat, perut anda kempis.


0 comments:
Post a Comment