Sunday, October 22, 2017

Filled Under:

‘Jangan Calarkan Imej Dia’ – Kakak Dato’ Vida Gesa Pihak Tidak Bertanggungjawab Tutup Gosip Dengan Iqbal





Beberapa hari sebelum ini, heboh di media sosial berita kononnya Dato’ Seri Vida sedang hangat ‘bercinta’ dengan pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli. Gosip itu disangkal oleh Iqbal dan ibunya sendiri yang menjelaskan hubungan mereka hanyalah sekadar majikan dan pekerja. Namun, bagi ibu Iqbal sendiri, Maznuni Che Yusof, dia tidak menolak andainya anak lelakinya itu dijodohkan dengan beliau.
Walau bagaimanapun, menerusi laporan Berita Harian, kakak kepada usahawan Qu Puteh itu, Azizah Othman baru-baru ini mengekspresikan sentimen yang berbeza berhubung kontroversi yang timbul antara adiknya dan Iqbal.

 “Jangan calarkan imej Dato Seri Vida”




Gagal mendapatkan penjelasan daripada Iqbal sendiri, Azizah bertindak dengan meminta agar gosip ini ditutup dan tidak lagi disensasikan lebih-lebih lagi sekarang memandangkan adiknya kini sedang menjalankan ibadat umrah di Tanah Suci. Tambahnya, kontroversi sebegini boleh mencalarkan nama baik kakaknya itu yang juga merupakan salah seorang usahawan produk kosmetik tersohor negara.
Gosip yang timbul ini mampu mencalarkan imej Datuk Seri Vida sebagai usahawan kosmetik, kerana saya bukan saja memandang dari sudut peribadi, sebaliknya dari aspek kerjaya juga.
Saya tidak mahu orang memandang rendah terhadap beliau kerana sering terpalit dengan gosip sebegini. Bagaimana beliau yang mempunyai reputasi tersendiri boleh mempunyai hubungan dengan pembantu peribadinya pula?

“Jangan bebankan dirinya dengan gosip sebegini”



Kalau boleh, memang lebih baik tunggu sehingga beliau pulang daripada umrah, tetapi saya tidak mahu perkara ini disensasikan lagi.

Biarlah Datuk Seri Vida beribadat dengan tenang dan jangan membebankan dirinya dengan gosip sebegini.
Terdahulu, Vida memberitahu BH Online yang tidak menolak andainya ditakdirkan untuk berkahwin lagi tetapi perlulah mendapatkan ‘lampu hijau’ daripada anak dan kakaknya terlebih dulu. Hmm..macam tak boleh je Iqbal ni, Cik B tak setuju.
Sumber: Berita Harian





0 comments:

Post a Comment