Setiap kanak-kanak menjalani
proses tumbesaran yang berbeza dimana ada yang sangat aktif dan cepat membesar
manakala ada yang kurang aktif serta mengambil masa sedikit masa yang lama
untuk membesar berbanding kanak-kanak normal.
Sekiranya
bercakap tentang pembesaran kanak-kanak pastinya setiap dari kita terutamanya
para ibu mengetahui bahawa segelintir kanak-kanak agak susah untuk makan dan
mereka memilih makanan
Kanak-kanak yang kurang berselera
untuk makan membuatkan para ibu risau kerana mereka tidak menerima banyak zat
dan sukar untuk naik berat badan serta dibimbangi akan mengalami masalah
kesihatan.
Kadangkala
yang jadi mak-mak selalu pening kepala bila si kecil buat perangai tak nak
makan nasi. Maklumlah nasi adalah makanan ruji orang Malaysia. Kalau sehari
tolak hidangan nasi, kita masih boleh bersabar tapi kalau setiap hari mencebik
mulut bila hendak disuap nasi, mak pun mulalah nak naik angin.
Sebenarnya
bukanlah sebab geram hidangan ditolak tetapi lebih kepada risaukan perut anak
yang kosong dan sudah tentu langsung tidak mendapat khasiat yang sepatutnya
untuk tumbesaran yang sihat.
Jadi,
apa nak buat? Orang kata bila dah bergelar ibu, memang wajib jadi kreatif dan
inovatif terutama bab memastikan anak makan makanan berkhasiat dan
mengenyangkan.
Mesti
ramai ibu-ibu pernah menghadapi masalah seperti di atas. Sekali-sekala, terasa
juga nak olah resepi untuk galakkan anak makan nasi.
Bagaimanapun,
setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Seorang ibu di laman facebook
berkongsi tips mudah untuk menaikkan selera makan anak-anak yang dilakukannya
di rumah.
Mari
kita baca perkongsian menarik dari Nur Farah Haniem ini.
“Siapa
sini ada masalah anak kecik kurang berat badan? Anak kurang selera makan. Meh
mummy share resepi yang buat berat badan anak mummy dari 6 kilo lebih ja naik
terus jadi 8 kilo lebih dalam masa sebulan ja.
Resepi
ni pakar pemakanan yang bagi kat mummy. Anak mummy sampai kena jumpa pakar
pemakanan pasai haluih sangat. Mummy try ikut hat dia habaq tu alhamdulillah
naik la jugak berat dia.”
BAHAN-BAHAN
Nasi panas dicampoq dengan beberapa titik minyak zaitun.
( kalau tiada minyak zaitun, letak butter ataupun minyak masak. Jangan tibai minyak gas sudah nahh)
Ubi kentang yang digoreng terlebih dahulu.
Ayam cincang (Saya guna ayam mentah. Jangan risau sebab nanti masa goreng nugget nanti, ayamnya masak elok saja.)
Serbuk perasa* (optional, tak perlu tambah pun tak apa)
Bawang holand ( hiris halus & goreng)
( Kalau tiada bawang holand, bawang merah besar pun boleh. Tapi mummy suka guna holand sebab dia manis sikit).
Garam
Telur & serbuk roti (untuk salutan luar)
CARA BUAT NUGGET NASI HOMEMADE
Begini cara buat nugget nasi frozen yang simple dan sangat mudah.

1.
GAULKAN BAHAN
“Pertama sekali, gaulkan nasi tadi bersama ubi kentang yang telah digoreng tadi dan lenyekkan sampai ubi kentang tu hancur.
Takmau ada keras-keras tau sebab takmau anak terlekat (tercekik).”
“Pertama sekali, gaulkan nasi tadi bersama ubi kentang yang telah digoreng tadi dan lenyekkan sampai ubi kentang tu hancur.
Takmau ada keras-keras tau sebab takmau anak terlekat (tercekik).”
Memandangkan
nugget ini untuk kanak-kanak, sebaiknya gunakan stok ayam yang dibuat sendiri
supaya bebas MSG. Kalau tak nak guna pun tak apa sebab ayam cincang dah cukup
perasa ayamnya. Sekarang pun dah ada banyak dijual serbuk / stok ayam jenis
organik khas untuk bayi yang boleh dicari di pasaran.
2.
BENTUKKAN
Seterusnya, lenyekkan bahan supaya ia melekat antara satu sama lain dan mudah berderai. Kemudian, kepal-kepalkan dan tekankan supaya leper.
Seterusnya, lenyekkan bahan supaya ia melekat antara satu sama lain dan mudah berderai. Kemudian, kepal-kepalkan dan tekankan supaya leper.
Nak
guna acuan ready made pun boleh.
3. CELUP TELUR & SERBUK ROTI
Bila dah jadi bentuk-bentuk yang diinginkan, langkah seterusnya adalah nak buat lapisan luarnya yang rangup.
Bila dah jadi bentuk-bentuk yang diinginkan, langkah seterusnya adalah nak buat lapisan luarnya yang rangup.
Caranya
macam biasa, celup telur dan lepas itu salutkan pula dengan serbuk roti
(breadcrumb).
4.
BEKUKAN & SEDIA UNTUK DIGORENG
Bila dah siap disalut, kena bekukan dulu dalam peti sejuk bahagian freezer. Lepas bentuknya dah mengeras, bolehlah goreng.
Bila dah siap disalut, kena bekukan dulu dalam peti sejuk bahagian freezer. Lepas bentuknya dah mengeras, bolehlah goreng.
Beginilah
rupanya yang belum digoreng. Mudah sangat, tapi nampak menarik, kan? Cuma guna
nasi dan ayam saja.
Anak-anak
yang susah makan nasi pun tentu akan suka bila tengok rupanya begini.
BEGINILAH HASILNYA!
Inilah rupanya bila dah siap digoreng, memang nampak macam nugget yang dijual di pasaran kan? Rasanya pun tetap sedap walaupun hanya menggunakan 3-4 bahan ringkas.
Inilah rupanya bila dah siap digoreng, memang nampak macam nugget yang dijual di pasaran kan? Rasanya pun tetap sedap walaupun hanya menggunakan 3-4 bahan ringkas.
“Tunggu sejuk baru hidangkan untuk
anak-anak. Biar anak makan sendiri baru dia enjoy nak makan.
Berselerak
tarak pun lantak pi. Janji mau makan jaa.
Resepi
ni untuk anak kecil yang sudah tmbuh gigi. Untuk yang atas 2 tahun boleh tambah
sedikit garam atau perasa.”
Jadi,
anda pun boleh cuba juga resepi ini atau mengolahnya mengikut bahan yang anda
suka. Mungkin boleh tambahkan sayuran seperti lobak merah atau bayam supaya
lebih nutrisi.

0 comments:
Post a Comment