Monday, October 2, 2017

Filled Under:

Demi Misai, Wak Doyok Sanggup Tolak RM1 Juta




Pernah atau tidak terbayang macam mana wajah Wak Doyok tanpa misai? Namun jangan bermimpi! Kerana Wak Doyok sanggup menolak tawaran RM1 juta semata-mata untuk mengekalkan imejnya itu
Wak Doyok yang telah ditemuramah oleh sebuah portal hiburan memberitahu tawaran tersebut merupakan projek kerja amal yang memerlukan dia membuang misai dan jambangnya.
Namun, Wak tidak pernah terfikir untuk mencukur wajahnya kerana itu adalah simbolik identiti dirinya walaupun projek tersebut ada tujuan murni.
Malah, dia turut akan menolak tawaran belakon sekirannya perlu bertindak perkara yang sama.
“Pernah sebelum ini ada pihak tawarkan saya RM1 juta untuk berbuat demikian tetapi saya tolak… tak sanggup!”
“Jika ada tawaran memerlukan saya mencukur jambang dan misai, saya tidak akan terima dan anggap ia bukan rezeki saya,” katanya pada wartawan mStar Online.
Wak yang kini sudah mula bergelar pelakon sejak membintangi Abang Long Fadil 2 berterus terang, bila bercerita tentang dunia lakonan dia tidak kisah mengenai bayaran atau tawaran selagi tawaran tersebut masih kena dengan dirinya.
Kami faham, tanpa misai dan jambang bukanlah Wak Doyok namanya! Apapun selamat maju jaya buat Wak  dalam industri hiburan dan semoga sukses selalu. (rtky/l)






0 comments:

Post a Comment