Wednesday, October 11, 2017

Filled Under:

DAKWA DIANCAM DIPENGGAL KEPALA DAN DIROGOL, SITI KASIM BUAT LAPORAN POLIS



Ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim hari ini membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang didakwanya menggesa umat Islam lain untuk memenggal kepalanya.
Ancaman pertama itu didakwa wanita itu diterima melalui dalam talian 3 Julai lalu pada satu artikel yang memetik pendiriannya terhadap komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagaimana dilaporkan sebuah media dalam talian, di mana Siti Kasim turut mendakwa telah tersalah tafsir kenyataannya.
Menurut akhbar New Straits Times, pada 19 Julai lalu, lelaki itu didakwa memuatnaik satu tulisan dengan laporan artikel yang sama dengan menyatakan Siti Kassim telah berkata “Jangan ikut Islam Arab, tetapi ikut Islam yang sebenar.”
Bersama artikel itu, lelaki itu menulis, “anjing menyalak bukit tetapi tak lama sebelum bukit itu runtuh atas anjing itu,”
Zabedah atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, antara reaksi yang dibaca di laman web itu termasuk gesaan untuk memenggal kepalanya, rogol serta menyimbah asid ke muka.
“Ada netizen yang memberi reaksi, dengan menulis “mereka mahu” (menyahut cabaran), dan turut bertukar nombor Whatsapp, manakala yang lain ada yang berkata tidak mahu berbincang mengenainya di laman web itu kerana ia boleh dibaca orang lain,” katanya kepada New Straits Times.
Bimbangkan keselamatannya, Siti Kasim membuat laporan di Balai Polis Sentul pagi ini.
“Secara jelas mereka merancang sesuatu terhadap saya, dan jika polis tidak bertindak maka polis akan bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya lagi dalam laporan akhbar itu.
Sumber:My Nation News Malaysia
Baca juga….
“Pesta arak bukan pesta dadah” kata Siti Kassim
Peguam dan aktivis Siti Kassim konsisten dengan pendiriannya mengenai orang Melayu dan Islam tidak seharusnya membantah sebarang acara yang membabitkan minuman keras, memandangkan mereka tidak pernah dipaksa untuk menyertainya.

Baginya, isu tersebut bukan sangat tentang penganjuran acara itu sendiri, sebaliknya hak orang bukan Islam sebagai warganegara.

“Ini tentang hak rakyat Malaysia yang bukan Melayu dan Islam. Bukannya ada paksaan kepada orang Melayu untuk pergi minum
“Mengapa kita nak tindas hak mereka yang dibenarkan di sisi undang-undang? Jika ia pesta dadah tentulah kita bantah, sebab ia haram dan salah di sisi undang-undang,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, seperti dilapor Malaysiakini.
Penganjuran dua acara melibatkan minuman keras – Better Beer Festival 2017 dan pesta makanan dan minuman Jerman – terus menjadi polemik.
Pihak yang membantahnya berkata ia tidak menghormati sensitiviti orang Melayu dan status Islam sebagai agama persekutuan, manakala pihak yang menyokongnya menggunakan hujah ia adalah hak warga.
Namun, Ketua Wanita Parti AMANAH Negara (AMANAH) Dr Siti Mariah Mahmud sebelum ini berkata, pesta tersebut dibantah kerana ia merupakan satu bentuk promosi kepada minuman keras, bukannya bertujuan menyekat hak warga bukan Islam.
Siti Kasim berkata lagi, isu tersebut telah dipolitikkan sesetengah pihak bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada isu negara yang lebih penting.
Katanya, ia terbukti apabila acara seumpama itu sudah diadakan sejak dulu, namun tidak menerima bantahan seperti hari ini.
“Kenapa sekarang tiba-tiba (ada pihak) ingin menjadi juara agama?
“Saya harap rakyat Malaysia sedar, ini bukan sebab kita orang Melayu (lalu) terlalu sensitif. Orang Melayu bukan bodoh dan senang dipermainkan,” katanya lagi.
Sumber:malaysiadateline.com






0 comments:

Post a Comment