Wednesday, October 25, 2017

Filled Under:

Anjing Ini Tak Mau Pergi Dari Pintu Kecemasan Hospital Selama 6 Hari, Ketika Membaca Kalung Lehernya Mereka Terus Menangis !!!




Ada netizen berpendapat bahawa bagi mereka, Anjing bukan saja teman baik manusia, namun ia juga merupakan haiwan peliharaan yang paling setia.
Tahun lalu di Kaohsiung terjadi satu kejadian yang mengharukan. Ada seorang nenek berumur 70 tahun bernama Cai yang memelihara seekor anjing berumur 10 tahun bernama Lala.
Setiap hari Lala selalu berada disisi Cai dan tidak pernah berpisah. Bahkan, ketika Cai bangun tengah malam untuk ke tandas pun Lala selalu bangun dan mengikuti majikannya itu.
Namun tahap kesihatan Cai merosot kerana mengidap penyakit diabetes dan kerana itu dia sering menjalani rawatan di sebuah hospital.
Setiap kali Cai dirawat di hospital, Lala selalu setia menunggu tanpa sekalipun pergi di depan pintu masuk, kerana dia tidak dibenarkan masuk ke dalam hospital. Lama kelamaan petugas hospital dan penjaga pintu pun mengenali Lala.



Suatu hari, kerana Cai demam teruk, dia dibawa ke Unit Kecemasan Hospital. Lala pun mengikutinya hingga ke pintu ruang Kecemasan itu.

Penjaga pintu yang bertugas saat itu tidak mengenali Lala, sehingga dia pun menambil gambar dan memuat naik ke internet




Setiap kali ada orang yang keluar dari pintu itu, Lala akan menghmpiri dan memeriksa apakah itu adalah Cai tuannya.
Lala sudah menunggu selama 6 hari 5 malam dan kerana sifatnya yang patuh, dia tidak mahu menerima makanan dari orang asing.
Mujurlah ada anak lelaki Cai yang setiap hari membawakan makanan dan air untuknya. Di leher Lala tergantung sebuah tag yang bertulis:
“Halo, tuan saya dirawat di hospital. Saya di sini menjaga kenderaan sambil menunggu majikan saya keluar.”



Penjaga pintu masuk ke dalam hospital sambil bercerita:
“Lala sudah mengikuti tuannya ke hospital sejak bertahun-tahun lalu dan kerana tuannya selalu berkata ‘Dilarang masuk dalam hospital!’
Maka Lala akan menunggu di depan pintu dengan setia tanpa ke mana-manapun apatah lagi mengikuti orang asing.”



Lihat saja wajah Lala yang setia ini…






0 comments:

Post a Comment