Kata orang, perkahwinan itu
membahagiakan. Ada jugak yang kata, kahwin tu menyeksakan sebab nak kena buat
macam-macam benda sendirian tanpa bantuan pasangan (yang jenis pentingkan
diri). Zaman sekarang ni suami dan isteri kebanyakannya bekerja sebab nak sara
kehidupan. Itu normal.
Macam-macam
kes kita baca pasal isu rumahtangga ni, betul tak? Ada yang kena tanggung
suami, kena dera dengan suami, suami pulak ada skandal lain, ishh…macam-macam
lagilah. Isunya senang je, tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada. Kami
share artikel ni untuk suami yang suka atau tak sedar dah terbuat perkara ni
pada isterinya. Jom baca!
1. Menjadikan isteri sebagai pemimpin rumahtangga
Rasulullah
saw. bersabda: ‘Tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang
wanita.’ (HR.Ahmad n0.19612 CD, Bukhari, Tirmidzi, dan Nasa’i)
Saat
ini banyak suami yang malas bekerja dan hidupnya bergantung kepada isteri
sehingga secara tak langsung menjadikan isteri sebagai pemimpin rumah
tangga.Suami seperti ini tentu saja telah berbuat durhaka kerana tak
melaksanakan kewajipannya dan menyulitkan isterinya dengan keharusan menafkahi
dirinya. Ia akan kehilangan martabat dan harga diri di hadapan manusia terlebih
lagi di hadapan Allah.
2.
Tidak memberi wang belanja
“Rasulullah
bersabda: ‘Seseorang cukup dipandang berdosa bila ia menelantarkan belanja
orang yang menjadi tanggung jawabnya.’” (HR.Abu Dawud no.1442 CD, Muslim,
Ahmad, dan Thabarani)
“Dari
Asyah ra, bahwa Hindun binti Utbah pernah berkata: ‘Wahai Rasulullah,
sesungguhnya Abu Sufyan adalah orang yang kedekut dan tidak mahu
memberikan kepadaku belanja yang cukup untuk aku dan anakku, sehingga terpaksa
aku mengambil dari hartanya tanpa pengetahuannya.”
Beliau
bersabda:’ Ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar.
“(HR.Bukhari no.4945 CD, Muslim, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, dan
Darimi)
3.
Tidak melunaskan mahar pernikahan
Dari
Maimun Al-Kurady ia berkata: “Saya mendengar Nabi saw. (Bersabda): ‘Siapa saja
lelaki yang menikahi seorang perempuan dengan mahar sedikit atau banyak, tetapi
dalam hatinya berniat tidak akan menunaikan apa yang menjadi hak perempuan
itu , bererti dia telah mengacuhkannya.
Bila
dia mati sebelum menunaikan hak perempuan itu, kelak pada hari kiamat dia akan
bertemu dengan Allah sebagai orang yang fasiq ‘”(HR.Thabarani, Al-Mu; jamul,
Ausath II / 237/1851 CD)
4.
Mengabaikan keperluan seksual isteri
Suami
yang berjimak hanya untuk memuaskan dirinya saja dan tidak peduli kepuasan
isterinya, sesungguhnya juga telah berbuat kesalahan.
Dari
Anas ra, Nabi saw bersabda: “Jika seseorang di antara kalian bersenggama dengan
isterinya, hendaklah dia melakukannya dengan penuh kesungguhan. Selanjutnya,
bila dia telah mendapat kepuasan, sebelum isterinya mendapatkan kepuasan,
janganlah terburu-buru mencabut kemaluan sampai isteri mendapat kepuasan.
“(HR.’Abdur Razzaq dan Abu Ya’la, Jami ‘Kabir II / 19/1233 )
Rasullullah
saw bersabda: “Janganlah sekali-kali seseorang di antara kalian menyetubuhi
isterinya seperti seekor haiwan bersenggama, tetapi harus ada pendahuluan di
antara keduanya. Ada yang bertanya, apakah perdahuluan itu? “Beliau bersabda:”
Ciuman dan ucapan (romantis). “(HR Abu Syaikh)
5.
Berjimak ketika isteri haid atau melalui dubur
Dari
Ibnu Abbas, dia berkata: “‘Umar (Ibnu Khaththa) datang kepada Rasulullah saw.,
Dia bertanya:’ Ya Rasullullah, saya telah binasa. ‘ Beliau bertanya: ‘apa yang
menyebabkan kamu binasa?’ Dia menjawab: ‘semalam saya telah membalik posisi
isteriku.’akan tetapi dia tidak menjawab sedikitpun, lalu turun ke Rasulullah
saw : ’Isteri kalian adalah ladang bagi kalian, maka datangilah ladang kalian
di mana dan bila saja kalian inginkan.’ (Selanjutnya Beliau bersabda :
‘Datangilah dari depan atau belakang, tetapi jauhilah dubur dan ketika haid.’
“(HR Tarmidzi no.2906)
6.
Menuduh isteri berzina
“Dan
orang-orang yang menuduh isteri mereka berzina, padahal mereka tidak memiliki
saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian satu orang dari mereka
adalah bersumpah empat kali dengan nama Allah bahawa sesungguhnya dia adalah
termasuk orang orang yang benar (dalam tuduhannya) (7) dan kelima kalinya (dia
mengucapkan) bahwa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ternyata ia tergolong
orang orang yang berdusta. “(QS.An-Nuur (24): 6-7)
7.
Memukul dan memburukkan isteri
Dari
Mu’awiyah Al-Qusrayiri, dia berkata: “Saya pernah datang kepada Rasulullah saw.
‘ dia berkata lagi: ‘saya lalu bertanya:’ Ya Rasulullah, apa saja yang engkau
perintahkan (untuk kami perbuat) terhadap isteri-isteri kami? ‘Beliau
bersabda:’ … janganlah kalian memukul dan janganlah kalian memburuk-burukkan
mereka. ‘”(HR Abu Dawud no 1832)
Ha…bagi
mereka yang bergelar suami tu, kena muhasabah balik kot-kot korang pernah buat
begini pada pasangan korang. Bukan apa, kalau perkahwinan tu tak membahagiakan,
mungkin ada silap kita di mana-mana. Isteri ini kaum yang lemah-lembut dan perlukan
kasih sayang, bukan kita buat macam binatang. Betul tak? Kalaupun ada isteri
yang jenis pentingkan diri, suka melawan suami dan sebagainya, kita sebagai
suamilah yang kena bentuk. Pokok pangkalnya, didik dengan agama dulu beb. Sebab
tu ada pepatah mengatakan, ramai yang berlumba mengumpul kekayaan sebelum
kahwin, tapi tak ramai yang berlumba mengumpul ilmu perkahwinan.
Sumber:
OhMyMedia
0 comments:
Post a Comment