Setiap tahun kadar
perceraian di negara kita mencatatkan peningkatan tinggi. Sehingga kini,
dianggarkan 156 pasangan bercerai dalam masa sehari bersamaan atau 6 pasangan bercerai
dalam satu jam.
Lebih
menakutkan, berdasarkan statistik tersebut, pada tahun 2020 diramalkan 15
pasangan akan bercerai dalam masa satu jam. Itu bermakna 360 pasangan bercerai
dalam sehari.
Namun dalam
banyak-banyak negeri, tiga negeri ini mencatatkan kes perceraian tertinggi.
Tiga negeri
tersebut iaitu Selangor,
Sabah dan Johor masing-masing menduduki tiga tangga
teratas dengan pasangan Melayu setiap tahun mencatatkan angka paling tinggi.
Apa yang
lebih menakutkan kebanyakan usia perkahwinan pasangan yang bercerai hanya mampu
bertahan selama 5 tahun atau kurang dari tempoh tersebut.
Bagaimanapun, apa yang
lebih menakutkan adalah kebanyakan pasangan yang bercerai, majoritinya
mempunyai usia perkahwinan bawah 5 tahun. Mengapakah fenomena itu berlaku?
Sebanyak 15.2 peratus kes
perceraian berlaku akibat sikap suami yang tidak bertanggungjawab. Selain itu,
masalah isteri curang juga semakin menjadi-jadi apabila mencatatkan 11.8 peratus kes
menjadi punca kepada perceraian.
Statistik
perceraian di Malaysia Julai 2016
0 comments:
Post a Comment