Semua orang nak kekal cantik dan sihat. Awet muda bukan
tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya
manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak
mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang
Maha Pencipta.
Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi
kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan
sebaik mungkin. Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi,
yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.
Petua
1 :
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan
wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat
nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua
2 :
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di
dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru
diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua
3 :
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis
dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua
4 :
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan
raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi
Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua
5 :
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini
dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat
subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja.
Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Petua
6 :
Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi
untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua
7 :
Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah,
rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan
berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua
8 :
Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi
sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah
sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan
sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.
Petua
9 :
Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya
untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan
dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke
hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan
meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali
mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses
kedutan.
Selain itu,
petua di bawah juga boleh di amalkan sama..
1. Urutkan
wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke
atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
2. Gunakan
jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari
anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
3. Lakukan
setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia
akan mempercepatkan proses kedutan.
4. Sejurus
bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan
air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru
diteguk.
5. Air liur
pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah
menggosok gigi.
6. Baca ayat
35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan
dari kepala.
7. Setelah
solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan
wajah kelihatan berseri dan awet muda.
8. Setelah
itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa
memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih
berembun.
9. Amalkan
memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya
kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat
berkat di dunia dan akhirat
10. Semasa
berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan
ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf
AS. Amalkan setiap pagi.
11. Ketika
makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas
makan.
12.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
13. Amalkan
solat tahajud.
14. Sentiasa
tenang dan bersikap positif.
15. Mulakan
sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
16. Maafkan
semua orang sebelum tidur.
0 comments:
Post a Comment