Kini ramai yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga
pengambilan makanan dan bersenam. Tapi, anda harus berhati-hati kerana lima
jenis makanan diet ini sebenarnya boleh buat gemuk tanpa anda sedari.
Jangan pandang ringan mengenai lima jenis makanan dan minuman
ini jika anda tak mahu menyesal di kemudian hari.
1. Yogurt
Yogurt merupakan makanan pilihan ramai jika mereka sedang
berdiet. Namun, anda digalakkan untuk tidak makan yogurt jenis rendah lemak
kerana ia sebenarnya mengandungi lebih banyak kandungan gula untuk mengatasi
rasanya yang hambar.
2. Dressing salad
Makan salad memang menyihatkan tetapi jika anda salah pilih
dressing salad, mungkin kandungan kalori akan menjadi lebih tinggi. Seeloknya
anda membuat dressing salad sendiri yang rendah kalori.
3. Diet soda
Ramai yang teringin untuk minum minuman berkarbonat ketika
mengamalkan diet. Anda perlu berhati-hati kerana kandungan gula dalam minuman
diet soda akan membuatkan anda teringin untuk makan atau minum minuman manis
yang lain.
4. Granola
Walaupun granola merupakan bijirin sihat dan selalu dijadikan
snek sihat, ia juga mengandungi kalori yang tinggi disebabkan penggunaan minyak
untuk menghasilkan granola.
5. Jus dalam kotak
Jus dalam kotak tak sama dengan jus segar sebenar yang anda
buat sendiri. Ia diproses dan mengandungi gula tambahan.
0 comments:
Post a Comment