Thursday, September 28, 2017

Filled Under:

Sajat Nak Nikah, Rani Kulup 'Never Give Up'




PETALING JAYA: "Jangan marah...ayah sekadar usik-mengusik saja."
Demikian kata Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah kepada usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat yang tidak selesa dengan hasrat Raja Report Malaysia itu yang ingin melamarnya baru-baru ini.
Menurut Abdul Rani atau lebih mesra disapa sebagai Rani Kulup, beliau sedikit pun tidak kecewa dengan tindakan Sajat yang seolah-olah menolak lamarannya apabila mendedahkan akan menamatkan zaman bujangnya tahun depan.
"Tiada istilah kecewa dalam hidup ayah. Ayah sentiasa berpegang kepada tagline kipidap... never give up," katanya.
Bagaimanapun Rani Kulup menegaskan beliau terkilan dengan kenyataan Sajat yang mendakwa tidak mengenalinya dan menyifatkannya berbuat demikian demi mencari publisiti murahan.

"Siapa tak kenal ayah, Raja Report Malaysia... anak-anak kecil pun kenal nak ambil gambar bersama. Ayah bukan mencari publisiti murahan tapi publisiti yang kejar ayah," katanya dalam nada berseloroh.
Walaupun dikecam, Rani Kulup berkata, beliau berharap  Sajat terus berjaya dalam bidang perniagaannya dan dapat menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.
"Sebenarnya ayah amat mengagumi usahawan Melayu seperti Sajat, Datuk Seri Vida dan ramai lagi. Mereka sepatutnya jadi motivasi kepada orang Melayu lain untuk jadi (berjaya) seperti mereka. Jadi ayah doakan semoga dia terus berjaya," katanya.
Baru-baru ini, video Rani Kulup mahu cuba melamar Sajat menjadi viral selepas hasratnya untuk memperisterikan Vida dan aktivis terkenal Siti Kasim tidak kesampaian.
Dalam reaksi balasnya, Sajat mendedahkan sudah berpunya dan bakal mendirikan mahligai bahagia bersama kekasih hatinya hujung tahun depan.
Malah, Sajat berkata Rani Kulup seolah-olah kekurangan kasih sayang sehingga memaksanya mencari publisiti murahan dengan cara sedemikian.



sumber mstar





0 comments:

Post a Comment