” Tolong ibubapa, majoriti ibubapa tak tahu flash kamera
boleh menyebabkan kerosakan pd mocula, bahagian dlm mata..lagi satu, hati-hati
dgn lampu dlm bilik air ketika memandikan bayi masing-masing, kecerahan lampu
itu sebenarnya sgt dan terlampau bahaya…walaupun bayi menutup mata ketika
berdepan cahaya kuat, ianya tidak akan menghalang daripada mata mereka buta
atau rosak kekal…TOLONG SEBARKAN SEPANTAS MUNGKIN ! ”
Seorang bayi buta sebelah mata selepas rakan kepada keluarganya
yang menziarahi bayi berusia tiga bulan itu terlupa menutup flash kamera ketika
merakamkan gambarnya dari jarak dekat.
Menurut doktor,
bayi yang tidak dinamakan itu, mengalami kerosakan kekal akibat flash kamera
berkenaan yang hanya 10 inci daripada bayi berkenaan.
Ia mengakibatkan
mata kanannya buta manakala penglihatan mata kiri pula terjejas. Kerosakan itu
dikatakan kekal dan tidak boleh dirawat menerusi pembedahan.
Flash kamera yang
kuat itu telah merosakkan macula, iaitu bahagian dalam mata.
Macula tidak
terbentuk hingga kanak-kanak berusia empat tahun, sekaligus bermakna mata bayi
amat sensitif dengan sinaran cahaya yang kuat.
Ibu bapanya hanya
menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan penglihatan bayi itu sebaik sahaja
gambar tersebut dirakamkan.
Setakat ini tidak
diketahui sama ada keluarganya akan mengambil tindakan ke atas rakan mereka
yang merakamkan gambar tersebut.
Menurut pakar,
meskipun bayi akan menutup mata apabila mereka terdedah kepada cahaya yang
kuat, namun cahaya itu boleh menyebabkan kerosakan kekal.
Ibu bapa juga
sepatutnya berhati-hati ketika memandikan anak mereka memandangkan lampu dalam
tandas mempunyai cahaya yang kuat.
0 comments:
Post a Comment