Pelbagai
petua lama boleh digunapakai untuk manfaat kecantikan. Meskipun sudah lama,
petua sememangnya tidak lapuk dek zaman dan bersifat malar segar. Walaupun ada
yang mungkin agak tidak masuk akal, ia kekal sebagai petua. Jadi tiada salah
mencuba petua lama demi untuk kesihatan dan kecantikan diri.
1.
Rambut sihat ikal mayang: Rambut
mahkota wanita. Ada wanita sanggup berhabisan ratusan ringgit setiap bulan demi
menjaga dan merawat rabun. Itu belum termasuk mewarnakan rambut untuk menutupi
rambut putih (uban) apabila usia meningkat. Untuk mengelak uban cepat muncul di
kepala, sapu atau lumur rambut dengan minyak kelapa atau minyak tanak dua
hingga tiga kali seminggu. Lebih elok sekiranya disiplin ini diamalkan sejak
usia muda kerana akar rambut akan menjadi kuat dan sihat seterusnya mengelakkan
rambut menjadi rosak dan beruban.
2.
Kening cantik terbentuk: Kening mampu
merubah iras wajah wanita. Bagaimanapun ada wanita tidak akan sekali-kali
membuang kening walaupun sedikit. Justeru, ambil sehelai daun kelapa, bakar
sehingga jadi hangit berwarna hitam. Hancurkan dan gaul bersama minyak kelapa
atau minyak zaitun. Sapukan pada kening dan bentukkan dengan jari atau lidi
seperti anda membentuk kening mengikut keselesaan sendiri. Jika diamalkan
sentiasa dan dilakukan sejak usia remaja, kening akan terbentuk cantik dan rapi
seolah-olah anda memantisnya sentiasa.
3.
Kulit wajah dianggap sebagai aset
penting bagi wanita kerana ia juga ibarat mahkota. Andai kulit wajah cerah dan
sihat, individu yang melihat pasti tahu anda mempunyai rejim teratur menjaga
kulit wajah. Antara disiplin yang boleh dilakukan ialah memakai masker atau
pupur bagi mengekalkan kulit bersih dan cerah. Tidak semestinya memakai pupur
mahal, anda boleh membuat sendiri pupur berkenaan. Uncang teh yang sudah tidak
digunakan, keluarkan serbuk teh dan campurkan dengan dua sudu kecil susu tepung
menggunakan air suam. Adun sebati dan lumurkan pada wajah. Biarkan ia kering
seketika dan gosok perlahan pada wajah. Bilas dengan air suam sekali lagi dan
wajah akan terasa segar dan mulus.
0 comments:
Post a Comment