Sunday, September 10, 2017

Filled Under:

Muzium Kucing Haram Ditutup, Kucing Pula Diusir



SINGAPURA – Kementerian Pembangunan Negara (MND) tidak mengusir pemilik muzium kucing yang pertama di Singapura atau menghalangnya daripada menyimpan atau membela kucing.

Menurut laporan media tempatan, kenyataan itu dikeluarkan ekoran pengendali Lion City Kitty – The Cat Museum, Muses & Mansion mendakwa kononnya beliau dan kucing-kucingnya diusir oleh pihak berkuasa secara kejam.
Ia susulan satu perintah penguatkuasaan daripada pihak berwajib republik itu baru-baru ini. Premis itu beroperasi di tiga tingkat di sebuah bangunan di 8 Purvis Street, dengan tingkat dua diluluskan untuk kegunaan komersial.
Manakala tingkat tiga dan empat pula diluluskan bagi kegunaan kediaman. Menurut MND, para pegawai dari Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pernah memeriksa tempat tersebut pada awal tahun ini.
Mereka mendapati unit kediaman di tingkat tiga itu ditukarkan secara haram menjadi pusat perlindungan dan pengambilan kucing. Pengunjung yang ingin memasuki unit itu juga perlu beli tiket di Muzium Kucing di aras dua.



Justeru, pihak URA terpaksa mengeluarkan notis penguatkuasaan di tingkat tiga dan pemilik premis diarah untuk menukarnya kembali kepada penggunaan kediaman. Seet dilaporkan telah merayu terhadap keputusan itu.

Malangnya ia ditolak oleh pihak MND sendiri yang kemudian memberinya tempoh sehingga 3 September lalu untuk mematuhi perintah tersebut, menurut surat yang dimuat naik menerusi laman sesawang rasmi Lion City Kitty.
Notis berkenaan namun tidak menjejaskan operasi Muzium Kucing di tingkat dua kerana statusnya sah sebagai premis komersial atau melarang Seet menyimpan dan menjaga kucingnya di kediamannya sendiri, kata MND.
Bagaimanapun, pemilik bangunan itu memutuskan untuk tidak memperbaharui sewa di tingkat tiga dan empat rumah kedai tersebut. Ini bermakna bahawa Seet harus berpindah keluar menjelang akhir bulan September.
Seet mendakwa bahawa tindakan itu ada kaitan dengan notis penguatkuasaan tetapi pihak MND dalam kenyataannya menegaskan kedua-dua hal itu tiada kaitan antara satu sama lain. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA






0 comments:

Post a Comment