Tempat Simpanan Makanan Untuk Hari Kiamat | LONGYEARBYEN, Norway, 26 Feb. – Norway telah melancarkan tempat simpanan kebal atau bank biji benih tanaman dari seluruh dunia dengan kemampuan bertahan daripada sebarang bentuk bencana alam dan serangan nuklear untuk kegunaan manusia pada masa depan.
Tempat simpanan itu yang dikenali sebagai Svalbard Global Seed
Vault letaknya jauh ke dalam batu gunung berais kira-kira 1,000 kilometer dari
Kutub Utara dan mampu bertahan dalam keadaan beku sehingga 200 tahun sekiranya
berlaku senario terburuk pemanasan global ataupun kegagalan mekanikal dalam
sistem penyejukan, kata para pegawai.
‘‘Kepelbagaian biologi dunia kini diancam oleh bencana alam dan
juga dar pada perbuatan manusia.
Tempat simpanan yang dipanggil
peti besi kebal dunia kiamat, terletak di kepulauan Svalbard, di luar bahagian
puncak utara Norway menyediakan sokongan kepada bank- bank gen biji benih di
seluruh dunia.
Biji benih yang disimpan merupakan tanaman yang menjadi makanan
ruji negara-negara di Afrika, Asia seperti beras, jagung, gandum, kacang duduk
dan betari sehinggalah tanaman yang hidup di Eropah dan juga di Amerika Utara
seperti terung, selada, barli dan kentang.
“Kami akan mempunyai satu
koleksi (biji benih) utama di sini, salah sebuah yang terbesar di dunia, pada
hari pembukaannya,’’ kata Cary Fowler, Ketua Global Corp Diversity Trust yang
membiayai operasi tempat simpanan berkenaan memberitahu Reuters.
0 comments:
Post a Comment