Sebelum ini kita sering
mendengar kisah kurang enak mengenai pemandu kereta Uber atau Grab terhadap
penumpang mereka. Nampaknya masih wujud pemandu Grab yang baik hati dan
baru-baru ini kisah mengenainya tular di laman sosial seterusnya dijadikan
contoh kepada pemandu-pemandu Grab di luar sana
Lelaki tersebut dikenali
sebagai Fadhli Sahar,
menceritakan pengalamannya menghantar satu pasangan berbangsa India datang dari
Singapura untuk pergi ke rumah keluarganya di Subang Jaya.
Walaupun alamat yang diberikan
salah kerana lokasinya yang tidak tepat, Fadhli melihat semula alamat yang
diberikan oleh sepupu pasangan terbabit dan ternyata lokasi alamat sebenar
adalah di tempat lain.
Selepas itu, Fadhli mengambil
keputusan untuk menghantar mereka ke alamat yang betul dengan mengenakan
bayaran sebanyak RM5 sahaja kerana dia kasihan melihat pasangan itu panik
apabila diberitahu alamat yang diberikan adalah salah.
Setibanya di lokasi yang
betul, pasangan tersebut memberinya RM50 tanpa meminta baki bayaran walaupun
dia hanya mengenakan caj RM20 termasuk tambang asal.
“Tidak mengapa. RM20 untuk
tambang. RM30 untuk kebaikan anda,” kata pasangan itu yang menolak apabila
Fadhli ingin memulangkan baki bayaran.
Walaupun dia memberitahu
mereka bahawa baki mereka terlalu banyak untuknya, pasangan itu hanya menjawab
kebaikan yang ditunjukkan olehnya lebih berharga daripada bayaran tambang.
Selain itu, Fadhli mengalami
situasi yang berbeza namun begitu terkesan buat dirinya apabila dia terlanggar
sebuah kereta di kawasan Glenmarie, Shah Alam apabila pemandu kereta yang
dilanggarnya sangat tenang dan mudah memaafkannya tanpa memarahinya.
Jadi, dia mengambil keputusan
untuk membayar lebih dari kerosakan kereta pemandu tersebut kerana kelakuan
baiknya itu setelah dia teringat kata-kata pasangan berasal dari Singapura
dahulu.
“Oleh itu, kalau ada
orang buat kebaikan kepada kita hargailah dia. Bukan mudah nak jumpa orang baik
ni. Kalau tak nak bayar pun cakap terima kasih pun tak pa. Mereka pasti gembira
punya,” katanya sebelum mengakhiri penulisannya di akaun laman sosial Facebook
miliknya.
0 comments:
Post a Comment