Lumrah rumah tangga memang akan bergolak. Sedangkan lidah kan
tergigit inikan pula suami isteri. Tapi dalam kisah yang nak kami Khalifah Mail
Online nak kongsikan ni adalah berkaitan pasangan suami isteri yang sudah
kahwin tidak mendapat zuriat. Bila check dengan ustaz, rupa-rupanya ada yang
dengki. Ikuti kisah ini yang dipetik dari IIUM.
Sudah
5 Tahun Kahwin Tiada Zuriat
Nama aku Intan. Aku dengan suami sudah 5 tahun hidup berdua, jadi akhir tahun lepas kami berdua memutuskan untuk ambil anak angkat. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada kami dan sekarang hanya menunggu panggilan dari pihak JKM je.
Nama aku Intan. Aku dengan suami sudah 5 tahun hidup berdua, jadi akhir tahun lepas kami berdua memutuskan untuk ambil anak angkat. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada kami dan sekarang hanya menunggu panggilan dari pihak JKM je.
Orang
kata, 5 tahun pertama memang dugaannya berat, aku tidak menafikannya. Lumrah
kehidupan rumah tangga, ibarat lautan, ada pasang surutnya. Macam itulah kehidupan
kami.
Tapi
untuk beberapa tahun kebelakangan ini, aku dapat rasa ada sesuatu yang tidak
kena di mana-mana, yang mana aku tidak pasti apa, dan naluri isteri itu jarang
sekali salah.
Kisahnya
bermula bila aku kerap sakit, macam-macam penyakit, pergi ke klinik, doktor
tidak dapat kesan, rujuk ke hospital dan jawapan masih sama. Jadi dalam setahun
tu kira banyak kali aku kena masuk wad sebab doktor nak jalankan pelbagai test
untuk mencari punca sakit aku tetapi akhirnya, tidak jumpa.
Dan
ketika itu juga aku dengan suami aku kerap bergaduh, tidak boleh langsung jumpa
dan dalam tempoh aku masuk wad seminggu tu, hari pertama je dia datang, hari
lain langsung tidak datang, tanya khabar pun tidak. Hanya ayah aku jela jadi
peneman setia, datang bawa makan and teman aku sehari dua kali (2 kali waktu
melawat), kadang ayah datang bawa mak, kadang mak mertua yang datang teman
(lepas dia balik kerja), tapi suami? Senyap macam tu je.
Ayah Datang Dengan Ustaz
Hingga la suatu hari, dalam tengahari, ayah aku datang melawat, kali ni dia bawak seorang ustaz. Aku dengan ayah aku memang rapat, aku banyak bercerita perihal hidup aku kat dia.
Ayah Datang Dengan Ustaz
Hingga la suatu hari, dalam tengahari, ayah aku datang melawat, kali ni dia bawak seorang ustaz. Aku dengan ayah aku memang rapat, aku banyak bercerita perihal hidup aku kat dia.
Sampai
je kat katil aku, aku tengok muka ustaz tu berkerut. Sekejap-sekejap dia geleng
kepala. Pastu dia ajak ayah aku entah kemana, bincang berdua. Dalam 10 minit
macam tu, ayah datang ke katil, ayah suruh aku minta kebenaran doktor keluarkan
aku hari itu jugak. Tapi doktor tidak bagi, esoknya baru doktor benarkan aku
pulang.
Esoknya,
dalam pukul 5 baru aku dapat balik, pesakit yang dibenarkan balik pun agak
ramai haritu, hari Jumaat lagi, jadi biasa la kalau lambat.
Jadi
lepas discharged, ayah terus bawa aku ke rumah ustaz, dia suruh aku duduk
membelakangkan dia, dia minta izin untuk sentuh belakang aku, dia letak ibu
jari kat tulang belakang, terus dia Ruqyahkan aku.
Sepanjang
dia Ruqyahkan aku, badan aku rasa macam ada benda bergerak sebelah kanan, panas
lagi. Tiba- tiba aku rasa nak menangis, nak marah, semua aku rasa dalam satu
masa. Tapi ustaz tu pesan, jangan ikutkan hati, istighfar banyak- banyak.
Selesai dia Ruqyah, dia suruh aku pandang dia. Dia kata,
“Adik,
apa ustaz nak kata ni, ada dengar baik baik, apa ustaz tanya, jawab elok- elok.
Kalau rasa nak marah, tahan marah tu. Boleh?”
Hasil “SCAN” Ustaz
Aku angguk.”Baiklah, macam ni, adik dengan suami adik ni, terkena buatan orang. Suami adik terkena minyak pengasih, tak cukup dengan tu, ada antara kawan- kawan yang dengki dengan kesenangan hidup kalian, jadi dia datangkan amarah dan derita antara kalian. Deritanya ialah zuriat. Bertahun kahwin, masih tiada anak. Amarah pula dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup suami.”
Hasil “SCAN” Ustaz
Aku angguk.”Baiklah, macam ni, adik dengan suami adik ni, terkena buatan orang. Suami adik terkena minyak pengasih, tak cukup dengan tu, ada antara kawan- kawan yang dengki dengan kesenangan hidup kalian, jadi dia datangkan amarah dan derita antara kalian. Deritanya ialah zuriat. Bertahun kahwin, masih tiada anak. Amarah pula dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup suami.”
Masa
tu aku rasa macam nak gila. Ayah aku suruh aku bertenang, dengar dulu apa ustaz
nak kata. Ustaz tu sambung..”Mengenai zuriat, 5 tahun kahwin masih tiada
zuriat, pergi ke hospital buat pemeriksaan apa semua, doktor kata tiada
masalah. Tapi pernah tak cuba rawatan Islam?”
Aku
geleng kepala.”Zuriat ni dik, orang selalu kata, kalau dah lama kahwin tiada
zuriat, masih belum ada rezeki, kan? Pergi buat pemeriksaan hospital, suami
isteri tiada masalah, doktor kata normal.
“Tapi
jujur ustaz kata, bila dah cuba cara rawatan moden, tapi tak jumpa punca
masalah, cuba rawatan Islam. Tak salah cuba. Kadang kita tak tahu apa yang
menghalang kita dari mengandung, entah-entah ada jin yang menumpang badan kita,
kita tahu? Doktor pun tak tahu.
“Jadi
tak salah cuba rawatan Islam, dalam Al- Quran pun menggalakkan kita berubat
menggunakan ayat- ayat Al- Quran kan? *aku angguk
“Baiklah,
adik ni, bukan tak boleh mengandung, boleh, tapi ada satu je masalah.
Masalahnya, adik ni dah terkena ‘buatan’ orang.
“Ada
seorang lelaki yang sayang pada adik, bukan suami adik ye, seorang kenalan,
adik tolak dia, jadi dia tak boleh terima. Dia dendam.
“Pada
dia, kalau dia tak boleh dapat adik, tiada yang boleh dapat. Jadi dia bagi adik
penyakit, salah satunya *dia tunjuk lengan aku*, hanya ni yang adik boleh
nampak dengan mata kasar.
“Bila
jumpa doktor, doktor kata alergik, makan ubat, sapu ubat, tapi masih tak
hilang. Betul tak? Dia nak suami adik rasa geli/ jijik dengan adik dan akhirnya
ceraikan adik.
Suami Pun Kena Buatan Orang Juga
“Yang suami adik pula, ada seorang perempuan yang sukakan dia. Dia tahu yang suami adik sudah berkahwin dan dia juga tahu kalian masih belum punya anak. Jadi dia mula masuk jarum.
Suami Pun Kena Buatan Orang Juga
“Yang suami adik pula, ada seorang perempuan yang sukakan dia. Dia tahu yang suami adik sudah berkahwin dan dia juga tahu kalian masih belum punya anak. Jadi dia mula masuk jarum.
“Mula
dengan berkawan, lama- lama jadi rapat. Jumpa selalu. Kat situ dia mula bagi
suami adik makan. Bila suami adik makan makanan yang dia bagi, suami adik akan
jadi ingat kat dia je.
“Kemudian
dia sapu minyak kat badan suami adik. Tak perlu banyak, secalit je. Masa
bergurau- gurau tu, dia usik suami adik dia calit sikit je. Apa jadi lepas tu?
“Suami
adik akan selalu ingat kat dia, sayang kat dia, cinta kat dia. Bila suami
tengok adik, dia jadi benci, menyampah. Itu yang asyik gaduh je. Rumah tangga
jadi panas. Dia asapkan suami adik hari- hari supaya suami adik benci adik.
“Tapi
adik kena ingat, yang suami adik sayang adik, dia jadi macam ni sebab apa
perempuan tu buat, suami adik hidup dalam keadaan dikawal oleh perempuan tu.
Suami adik bukan baru kena, lama dah. Cuma adik perasan atau tidak je.”
Betul,
aku perasan sebenarnya. Tapi aku bersangka baik, mungkin ujian dari Allah
semata-mata nak ukur tahap kesabaran, kesetiaan dan kekuatan kami
mempertahankan ‘masjid’ yang kami bina.
Serius,
aku tak sangka selama bertahun yang kami asyik ‘panas’ dan ‘sakit’ ni, rupanya
angkara orang benci, dengki, apa lagi ? Entah. Aku sendiri tak percaya dengan
benda- benda ilmu hitam ni. Dulu bila aku dengar orang kena buatan orang, aku
macam, “eleh, tah iye ke tidak kena buatan orang, entah- entah saja je cari
perhatian.”
Dan
sekarang bila kena kat diri sendiri, baru aku sedar betapa tingginya langit tu.
Aku termakan kata- kata aku sendiri.
Ayah
aku duduk sebelah diam je, sesekali dia usap belakang aku. Yang aku menangis
je; empangan pecah, mengalir je air mata aku ni.
Sesekali
aku senyum kelat bila kenangkan selama ni aku ingat suami aku yang jahat,
rupanya aku yang jahat sebab berfikiran buruk terhadap suami sendiri. Ustaz tu
sambung..
“Nanti
malam, balik rumah, ajak suami duduk, pastu cerita dia apa yang ustaz cerita
tadi. Esok ke lusa ke, bawa dia jumpa ustaz. Ustaz buat apa yang ustaz mampu.
Boleh?”
Mula Berbincang Dengan Suami
Aku angguk je. Malam tu aku balik rumah, dia dah ada kat rumah, dia dalam bilik, pura- pura tidur. Aku pulak, masuk bilik, mandi bersih- bersih, solat hajat mohon dia terbuka hati untuk aku ceritakan apa berlaku.
Mula Berbincang Dengan Suami
Aku angguk je. Malam tu aku balik rumah, dia dah ada kat rumah, dia dalam bilik, pura- pura tidur. Aku pulak, masuk bilik, mandi bersih- bersih, solat hajat mohon dia terbuka hati untuk aku ceritakan apa berlaku.
Bila
kenangkan balik, lama dah kami hidup macam tu. Dia mengelak dari berjumpa atau
bercakap dengan aku. Lama aku makan hati. Ajak borak atau walaupun makan
bersama pun tak nak, dah macam orang asing dah kami.
Dulu
tidur dia selalu peluk, yelah, hidup berduakan. Tapi sekarang, dia di utara,
aku di barat. Sedih. Lepas dah siap- siap semua, aku duduk bersila di sebelah
dia, aku usap kepala dia dan buka bicara.
“Abang,
sayang ada benda nak cakap kat abang ni, abang duduk sekejap boleh?”
Dia
bangun dan duduk, tapi sekali pun dia tak pandang aku. Masa tu rasa sebak
sangat. Aku sambung..
“Apa
sayang nak cerita kat abang ni, abang dengar elok- elok. Kawal perasaan dan
jangan melenting okay.”
Dia
angguk.Aku ceritakan semuanya. Muka dia macam blurr, aku cerita sampai habis
dan untuk pertama kalinya, dia pandang dan peluk aku.
Masa
tu, Allah je yang tahu apa yang aku rasa, aku rasa bahagia berada dalam dakapan
suami. Sepanjang malam tu kami berborak, kami menangis dan aku lega, suami akhirnya
sedar juga.
Rawatan Kami Suami Isteri
Esoknya kami jumpa dengan ustaz tu. Ayah ada sekali, ustaz kata kena ada orang ketiga teman sekiranya kalau terjadi apa- apa.
Rawatan Kami Suami Isteri
Esoknya kami jumpa dengan ustaz tu. Ayah ada sekali, ustaz kata kena ada orang ketiga teman sekiranya kalau terjadi apa- apa.
Ustaz
mulakan bacaan Ruqyah pada suami aku. Sesekali suami aku merengus, mengeluh dan
menggeliat. Ustaz pesan pada dia supaya jangan berhenti beristighfar walau
macam mana susah atau sakit sekalipun.
Pada
satu tahap, suami aku pengsan sekejap, dia terbaring tiba- tiba. Cuak aku masa
tu, tapi ustaz tu kata normal. Tak sampai lima minit, suami aku bangun, ustaz
tu suruh dia baring luruskan kaki. Dia ambil lada hitam, dia tekan pada ibu
jari kaki suami aku, dia menjerit bukan kepalang. “Sakit.. sakit.. SAKIT!”
Ayah
aku pegang tangan dia. Ustaz kata, ada 3-4 ekor jin dalam badan suami, yang mengawal
suami dan ada antara jin tu yang keluar masuk dalam badan aku, jadi bila kami
bergaduh, jin- jin tu akan melagakan kami.
Bukan
tak pernah aku cuba tikam dia. Tapi dengan keizinan Allah, pisau tu terlepas
dari genggaman aku dan aku pun berlalu pergi dari dia. Hampir bercerai pun
pernah. Dua tiga kali turun naik mahkamah (kaunseling), sampai ustazah tu pun
pening. Yang selebihnya sepanjang berubat tu, biarlah kami saja yang tahu.
Yang
korang perlu tahu, sekarang aku dan suami beransur pulih. Hubungan kami
perlahan- lahan kembali seperti dulu.
Ustaz
juga sudah ‘pagar’ badan kami, juga dia beri ayat- ayat pendinding untuk kami
amalkan hari- hari. Alhamdulillah aku ucapkan. Allah penyembuh segala penyakit,
kita hanya mampu usaha.Apa yang aku cuba sampaikan adalah, kalau ada antara
pembaca yang mengamal ilmu- ilmu hitam, minyak pengasih dan sebagainya, tolong
berhenti.
Ketahuilah
bahawa kuasa Allah meliputi segala apa yang ada dibumi dan dilangit. Dan pada
yang cuba pisahkan kami suami isteri, pada yang mendengki atau berdendam pada
kami, kami maafkan korang dan harap korang maafkan juga kami dan berhentilah
‘menghantar’ pada kami.
Andai
ada salah silap sepanjang perkenalan, andai kami ada terambil yang bukan hak
kami, terlukakan hati dalam pergurauan dan semualah, maafkan kami.Terima kasih
admin, dan terima kasih readers. Yang baik datangnya dari Allah Ta’ala, yang
jahat tu datangnya dari diri aku sendiri.Akhir kata, ittakullah, takutlah pada
Allah!
Sumber
: IIUM via Laicikang
Share
Jika bermanfaat.
0 comments:
Post a Comment