JOHOR BAHRU - Bendera Johor dan bendera daerah-daerah di negeri
ini dikibarkan separuh tiang bagi menghormati kemangkatan Sultan Kedah Sultan
Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Setiausaha
Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani berkata, pengibaran bendera separuh tiang itu
dilakukan sehingga selesai istiadat pemakaman Almarhum Sultan Kedah pada 4
petang, hari ini.
"Arahan
berkuat kuasa serta-merta ini sudah dikeluarkan kepada semua Ketua Jabatan
Negeri dan Persekutuan, Pegawai Daerah, pihak berkuasa tempatan dan Badan-badan
berkanun oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor untuk tindakan," katanya.
Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah mangkat pada 2.30 petang semalam di
Istana Anak Bukit, Kedah diiusia 89 tahun.
0 comments:
Post a Comment