Monday, September 11, 2017

Filled Under:

Ikuti Perjalanan Hidup Sultan Kedah !!!! Kepergian Yang Ditangisi Oleh Rakyat. Sultan Berjiwa Rakyat Yang Disayangi.




Saat ini pasti seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat di Negeri Kedah pasti merasai kehilangan insan yang sangat bermakna dalam negara ini. Segala jasa yang ditaburkan oleh Almarhum Tuanku Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah selama 58 tahun semasa menjadi Sutan Kedah sungguh tidak ternilai harganya. Jadi marilah kita sama-sama mengingati dan menyanjungi segala jasa beliau yang telah ditaburkan di negara kita.


Selepas kemangkatan ayahandanya iaitu Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah takhta Sultan Kedah telah digantikan dengan Tuanku Abdul Halim dan baginda teah sah menjadi Sultan Kedah pada 20 Februari 1959. Baginda dilahirkan pada 28 November 1927 dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar Kedah. Baginda juga telah dilantik mejadi Raja Muda Kedah pada 6 Ogos 1949 pada usia 21 tahun ketika masih melanjutkan pelajaran di United Kingdom.
Pada 21 September 1965, Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-4 bagi menggantikan Sultan Terengganu iaitu Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin. Seterusnya pada 21 September 1975 buat pertama kalinya baginda telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 untuk tempoh dari 23 Julai 1970 hingga 21 September 1975. Selepas itu, sekali lagi baginda diberi kepercayaan untuk menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 13 September 2006.




Tuanku Abdul Halim juga telah menjalankan tugas sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong selama sebulan iaitu pada 26 Januari hingga 26 Februari 2010 kerana Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menjalani rawatan fisioterapi di Jerman. Seterusnya, baginda sekali lagi dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja pada 14 Oktober 2011. Keadaan ini merupakan satu sejarah baru yang tercipta kerana beliau merupakan Raja pertama yang menjadi Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua.



Tuanku Abdul Halim telah bertemu jodoh dengan Tuanku Haminah pada 25 Disember 1975 dan selepas itu Tuanku Haminah telah dianugerahkan gelaran Sultanah Kedah pada 9 Januari 2004 dalam satu istiadat di Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah. Baginda dikatakan sangat baik hati dan merendah diri terhadap rakyatnya. Keadaan ini membuatkan baginda amat-amat disegani oleh rakyat di Negeri Kedah


Menurut rakyat di Negeri Kedah, Tuanku Abdul Halim merupakan seorang sultan yang tidak pernah dibayangi dengan sebarang kontroversi dan sentiasa menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat dengan cara yang berhemah. Dikatakan juga baginda pernah menaiki kereta api pada sekitar tahun 1970-an untuk upacara pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan pada tahun 2006 baginda sekali lagi mengejutkan rakyatnya apabila sanggup berjalan kaki sejauh lebih sebatu jaraknya pada usia yang mencecah 70-an demi semata-mata ingin menyaksikan perlawanan bola sepak yang membabitkan pasukan Kedah.


Sungguh luar biasa jasanya. Kemangkatannya pada 11 September 2017 bersamaan dengan hari Isnin pada pukul 2.30 petang tadi merupakan berita yang amat memilukan bagi rakyat Kedah. Semoga Allah S.W.T merahmati roh Tuanku dan kami rakyat Malaysia khususnya rakyat Kedah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Almarhum Tuanku Abdul Halim dan semoga roh Tuanku bersama-sama orang-orang yang beriman. Amin…




0 comments:

Post a Comment