Sebab Duit Sering Habis
Bila hujung bulan, pasti ramai
yang terpaksa berdepan situasi baki di dalam akaun bank yang hanya tinggal
bawah RM100. Malah, ada juga yang lebih teruk iaitu belum sampai tengah bulan
baki tinggal RM50.
Berdasarkan
tinjauan kami, berikut merupakan 5 sebab utama mengapa ramai di antara anak
muda yang kering duit setiap hujung bulan.
5 Sebab Duit Sering Habis
Setiap Bulan
#1. Mamak
Nak salahkan mamak pun tak
boleh juga, kita tu yang suka sangat melepak. Mentang-mentang banyak kedai
mamak beroperasi 24 jam, kalau boleh nak lepak lama-lama dekat kedai
mamak. Patutlah asyik penuh je restoran mamak kan? Harga takdelah murah mana.
Roti
canai – RM1.20
Mee goreng mamak – RM5.00
Teh tarik – RM1.80
Ais kosong – RM0.40
Mee goreng mamak – RM5.00
Teh tarik – RM1.80
Ais kosong – RM0.40
Nak
lepak dengan kawan-kawan seminggu sekali di kedai mamak tu logik lagi, tapi
kalau hari-hari nak lepak sini, berjam-jam pula tu, air pun minum 3-4 round,
memang cari nahas namanya.
#2. Smartphone & Gajet
Menurut kajian Gfk, jualan
smartphone di Malaysia mencecah RM6.8 bilion (Mac 2016 – Feb 2017). Suatu
jumlah yang nampak besar demi memenuhi keperluan pengguna dan kepesatan
kelajuan internet di Malaysia.
Ada
di antara kita gaji tak berapa besar, tetapi tiap kali ada model telefon baru
keluar; mulalah rasa gelisah. Gaji bulanan baru RM2,500, model iPhone terbaru
RM3,500 – sanggup tu nak swipe kad kredit semata-mata nakkan gajet
yang terbaru. Bulan-bulan sedap je bayar minima 5%, memang sekejap lah cecah
kredit limit tu.
Inilah
yang orang sebut sebagai biar papa, asal bergaya. Sanggup makan Maggi
hari-hari, asalkan gajet terkini ada untuk ditayang. Yang paling tak tahan,
telefon mahal berharga ribuan ringgit, tapi kredit pun takde!
#3. Kopi Mahal & Starbucks
Lagi satu masalah kebanyakan
orang kita adalah suka melepak tempat mahal, seolah-oleh bergaji 5 angka setiap
bulan. Kalau melepak sambil bincang bisnes tu ok lagi, ini sembang kosong je.
Harga
kopi ice blended – RM14.
Tak
salah kalau kita hadkan minum kopi mahal sebulan sekali, tapi kalau seminggu
sampai 3-4 kali, apa kes?
#4. Keahlian Gymnasium
Selepas sibuk bekerja, maka
gymnasium adalah di antara tempat popular selepas waktu pejabat. Dengan
berimpikan badan yang fit dan sado, senanglah nanti nak jadi model atau
artis. Ops, jangan marah, gurau je.
Yuran
keahlian – RM150 sebulan.
Dengan
yuran keahlian menelan belanja beratus ringgit setiap
bulan, last-lastperginya seminggu sekali je. Tapi tahukah anda, keahlian
gym ni biasanya paling laris bila hujung tahun. Time tu lah ramai orang berazam
nak kurus, jadi terpaksalah jadi ahli gym sebab nak kurus sebagai azam tahun
baru.
Padahal,
boleh sahaja workout di rumah, lebih jimat.
#5. Beli Belah di Lazada
Laman e-commerce seperti Lazada
semakin mencuri perhatian (dan juga wang) orang ramai.
Mengikut
satu kajian Lazada berada di ranking pertama diikuti Zalora and 11
Street.
Maklumlah
iklan Lazada berada merata-rata tempat. Nak pula dengan strategi mereka yang
suka beri baucar diskaun, ditambah pula dengan kemudahan penghantaran percuma
ke pejabat atau pun ke rumah, memang begitu mudah dan menjimatkan petrol dan
masa daripada kita bersesak ke pusat membeli-belah.
Memang
tak dinafikan harga yang ditawarkan di laman e-commerce seperti Lazada
kebiasaannya lebih murah jika dibandingkan di kedai-kedai biasa dan juga
pasaraya besar.
Kalau
untuk penjimatan takpelah juga, tetapi kalau dah setiap minggu klik
button “ADD TO CART” boleh menjadi ketagihan yang berbahaya kepada
dompet. Mana taknya, dengan beberapa klik boleh terus buat pembayaran, dan
pesanan telah disahkan…Tahu-tahu je barang sampai.
Sedar tak sedar, banyak duit
habis telah habis di sini.
Kurangkan
Perbelanjaan ATAU Tambahkan Simpanan
Kenalpasti perbelanjaan yang tidak diperlukan dan terus tinggalkannya. Duit lebih tu eloklah dibuat simpanan sebagai modal untuk melabur. Tak salah nak rewarddiri sendiri sebulan sekali, itu pun kalau berjaya kurangkan perbelanjaan dan ada duit lebih sikit untuk dibelanjakan.
Kenalpasti perbelanjaan yang tidak diperlukan dan terus tinggalkannya. Duit lebih tu eloklah dibuat simpanan sebagai modal untuk melabur. Tak salah nak rewarddiri sendiri sebulan sekali, itu pun kalau berjaya kurangkan perbelanjaan dan ada duit lebih sikit untuk dibelanjakan.
sumber: majalahlabur
0 comments:
Post a Comment