SETIU – Kuasa tular atau
‘viral’ memberi impak berganda kepada sebuah kedai makan di kawasan Penarik, di
sini, sejak sebulan yang lalu.
Pelanggan
yang datang ke Kedai Makan Trizai sangat berpuas hati dengan harga dan kuantiti
serta layanan yang diberi kedai berkenaan.
Mana
tidaknya, dengan hanya membayar RM10 sepinggan, pelanggan memperoleh 45 ekor
udang celup tepung yang cukup digemari ramai.
Orang ramai sanggup beratur
panjang bagi mendapatkan 45 ekor udang celup tepung dengan harga RM10 di
Penarik, Setiu. – Foto Sinar Harian
Begitu
juga dengan harga ikan selayang celup tepung yang dijual RM1.90 seekor.
Malah
minuman seperti teh O beng (ais) dan sirap diberi secara percuma kepada
pelanggan dengan konsep layan diri.
Pengusaha
Kedai Makan Trizai, Zainab Mohamed, 26, berkata, dia tidak menyangka kuasa
tular begitu tinggi impaknya sehingga dia tidak menang tangan berhadapan
pelanggan yang berpusu-pusu ke kedai itu.
Katanya,
keadaan itu berlaku apabila terdapat pelanggan yang menularkan kedai berkenaan
dan mendapat respon positif daripada netizen termasuk dari luar Terengganu.
“Akibat
daripada viral, kedai yang telah beroperasi selama lima tahun ini terpaksa
melanjutkan waktu operasi sehingga jam 10 malam dan juga menambah jumlah
pekerja kepada lebih 20 orang.
“Sebelum ini kedai mula buka
jam 10 pagi hingga 7 petang, tetapi setelah menjadi viral, orang ramai masih
datang sebelah petang sehingga malam, menyebabkan saya buka (kedai) sampai
malam,” katanya ketika ditemui di kedainya, di Penarik, di sini.
Zainab
berkata, situasi itu berlaku ketika musim perayaan dan juga cuti umum termasuk
hujung minggu.
Malah
katanya, dalam tempoh itu juga, dia perlu menambah stok udang dan ikan selayang
bagi menampung permintaan pelanggan.
“Musim
perayaan (Aidiladha) baru-baru ini, stok udang satu tan manakala 500 kilogram
ikan selayang habis dijual dalam tempoh sehari.
“Biasanya
hari-hari biasa, kami menyediakan stok udang sebanyak 500 kilogram dan ikan
selayang 300 kilogram sahaja sehari,” katanya.
sumber:sinarharian
sumber:sinarharian
0 comments:
Post a Comment