Nak beritahu sikit tentang kerja bank,
jangan dikutuk-kutuk orang yang kerja bank. Mereka buat silap sikit, korang dah
menyumpah seranah. Tercakap kasar sikit, korang dah melaknat mereka macam-macam
sampai viral di Facebook.
Kerja bank ini bukan mudah seperti yang disangkakan. Nampak
mudah saja kerjanya, duduk dalam aircond sahaja. Walhal bukan seperti itu.
Masuk kerja jam 8.30 pagi, balik kerja jam 8-9 belum tentu ada di rumah.
Kadang-kadang, ada sampai jam 1-2 pagi baru balik.
Di waktu pejabat, kerja di bahagian kaunter melayan pelanggan
yang bermacam-macam perangai. Habis waktu pejabat, kena buat kerja dalaman
pejabat pula. Kena buat laporan itu ini. Kalau balance, Alhamdulillah.
Tengok-tengok, jam pun dah jam 8 malam. Itu kalau balance, kalau tak balance,
rasanya jam berapa kami balik?
Kerja bank ini, mental kena kuat. Tahan tukul, orang kata. Fikir
begini sajalah, berdepan dengan pelanggan seharian ditambah pula dengan karenah
pegawai atasan. Selepas itu fail dan dokumen tiap-tiap hari bertimbun perlu
disiapkan juga pada hari yang sama. Ibu pejabat pula mengeluarkan pekeliling
itu ini dan macam-macam hal lagi. Ini semua masuk dalam kepala dalam satu hari.
Tekanan kuat tak terkata.
Kalau korang jenis yang biasa kerja makan gaji, jam 8 pagi masuk
kerja kemudian jam 9 pagi keluar minum, jam 11 pagi balik rumah, jam 2.30
petang masuk kerja balik dan jam 4 petang balik rumah, rasanya tak akan tahan
kerja bank. Yang ini saya pasti.
Kau kerja di tempat lain, bolehlah buat,
“Kerja kau kerja kau, kerja aku, kerja aku.”
Kerja bank nak buat begitu? Takkan dapat. Semua kerja yang dalam
bidang kuasa kau kena ambil tahu. Bila ada kakitangan cuti, maka kau kana
tanggung kerja dia. Tak boleh kata tak tahu. Office boy cuti pun kau kena
tanggung tugas dia walaupun kau hanya sekadar kerani bank.
Pernah seorang pegawai bank beritahu,
“Kerja bank ini bukan setakat isi kita kenam akan, sampai ke
tulang-tulang kena makan,”
Begitulah hakikat pekerja bank. Kehidupan sosial jangan
ceritalah, kadang-kadang macam tak ada life. Masa dengan keluarga kurang, ada
masa balik kerja terus tidur di sofa. Tak mandi, tak makan, esok pagi bangun
mandi tukar baju pergi kerja lagi.
Orang cakap kerja bank banyak duit. Memang banyak duit tetapi
kena bayar overtime, claim kerja luar dan pelbagai lagi claim. Tetapi, kalau
disuruh pilih antara overtime dengan balik awal, majoriti akan memilih untuk
balik awal. Mereka buat kerja sampai lewat malam bukan sebab nak kerja
overtime. Tetapi kerana rasa tanggungjawab. Ada pula yang jenis buat kerja
tetapi bila sampai masa nak claim overtime, borang claim pun malas nak isi.
Bagi halal sajalah pada bank. Sampai begitu sekali.
Seperkara lagi, kakitangan bank yang kerja di bahagian kaunter
ini bukannya kurang mesra atau sombong. Ramai yang bercakap dengan pelanggan
sambil tunduk kepala. Kalau nak tahu kenapa mereka jadi seperti itu, bukan
mereka saja-saja nak buat seperti itu. Kerja bahagian depan ‘Kaunter Operasi’
ini selalu kena pesan, jangan tenung mata pelanggan, nanti kena pukau. Itulah
masalahnya, bukannya tak pernah terjadi, dah banyak kes pukau yang berlaku
sebenarnya.
Cara kakitangan bank di China berlatih
untuk sentiasa senyum
Selain itu, mereka berkelakuan seperti itu sebab nak menjimatkan
masa dan tidak mahu bercerita banyak-banyak dengan pelanggan sebab ada ramai
lagi pelanggan yang lain sedang menunggu. Harap semua faham.
Apa-apa pun, masuk dulu dalam bidang ini, barulah tahu macam
mana. Kalau setakat duduk di kerusi pelanggan saja, macam-macam benda kita
boleh fikir.
Seperti kita nak belajar juga. Kalau tak pergi ke sekolah, macam
mana nak pandai? Macam mana nak dapat ilmu? Ini tidak, duduk di luar pagar
sekolah. Bila bodoh, salahkan cikgu pula. Semua orang yang salah, kau saja tak
salah. Nanti bila kahwin, tak dapat anak pun salahkan orang lain juga. Bukannya
nak tengok betul ke tidak tempat yang dicucuk. Ini bahasa kasar namanya.
Saya minta maaf, bukan mahu mengutuk orang berkahwin tapi tiada
anak, tetapi penggunaan bahasa-bahasa kasar seperti ini untuk membuatkan orang
faham.
sumber: thereporter
0 comments:
Post a Comment