Orang kelainan upaya sering dipandang remeh
oleh kebanyakkan masyarakat tetapi kehidupan mereka yang ternyata sukar
daripada kita, perlu dijadikan pengajaran.
Di Filipina, dalam keadaan kesibukan jalan raya, terdapat juga
seorang lelaki tua dan buta yang sanggup menjual majalah kepada para pengguna
jalan raya.
Daripada meminta derma daripada ihsan orang ramai, dia sanggup
mencari rezeki atas usaha sendiri bagi menampung kehidupannya.
Seorang pengguna media
sosial, Sherena Lee, terpegun melihat iltizam yang ditunjukkan oleh lelaki tua
ini, Uncle Loke.
Dia menggelar Uncle Loke sebagai pejuang
sebenar kerana kesanggupan dia mencari rezeki disebalik memiliki pelbagai
kelemahan.
Melalui perkongsian di Facebook, Sherena memuji Uncle Loke yang
tidak sekadar meminta derma dan mengharapkan bantuan orang ramai.
Setiap kali kereta berhenti di jalan itu, dengan menggunakan
deria yang terhad, dia berjalan perlahan-lahan dan ketuk pintu kereta bagi
menjualkan majalah.
Sherena membantu pakcik
ini dengan membeli semua majalahnya sehingga habis. Dia teramat gembira dan
berterima kasih kerana dapat berehat seharian untuk hari tersebut.
Sherena turut ingin membeli makanan untuk
dia tetapi ditolak. Namun, atas belas kasihan dia tetap membeli makanan untuk
lelaki tua yang berjiwa besar ini.
Sebenarnya Uncle Loke tersangat lapar tetapi malu untuk
menunjukkan perkara itu kepada Sherena. Selepas beredar, dia nampak Uncle Loke
makan dengan gembira.
Sikap ini menunjukkan sikap optimistik seseorang dalam berjuang
meneruskan kehidupan.
Sepatutnya, kita sebagai manusia normal
perlu lebih daripada golongan ini tetapi masih ramai dalam kalangan kita yang
malas bekerja dan beri pelbagai alasan.
Era Baru
0 comments:
Post a Comment