Satu jenis serangga yang sering terdapat di mana-mana adalah
semut. Semut seperti yang kita tahu mudah tertarik ke tempat hidangan
makanan terutama yang manis bergula. Silap cara menghalau semut ini, kita pula
yang digigit.
Tapi
kalau tidak mahu digigit dan mahu tahu cara untuk membuang semut di dalam bekas
gula yang sudah dikerumuni semut, cuba petua ini.
Gunakan Pisau
Letak sebilah pisau di bawah bekas atau balang gula yang
dikerumuni semut tersebut. Biarkan beberapa minit, dan semut-semut akan
kelihatan berkumpul di satu tempat. Maka lebih mudahlah untuk membuang
semut-semut tadi.
Mari
kita lihat beberapa lagi kaedah berkaitan petua halau semut :
Lindungi Balang Gula
Daripada Semut
1. Ambil seutas tali atau kain perca. Lumurkan dengan minyak
kelapa. Kemudian ikat atau lilitkan kain atau tali yang telah dilumur
dengan minyak tadi di sekeliling balang gula. Insya-Allah semut tidak akan
merayap masuk ke dalam balang.
2.
Letakkan sekurang-kurangya 3 biji bunga cengkih ke dalam bekas gula. Bunga
cekih dikatakan mampu menghindari semut dan juga menambah bau harum pada gula
yang disimpan.
Elak Semut Panjat Meja
Hidang Makanan
Tali Atau Kain
Perca
Sediakan tali atau kain perca
yang dilumur dengan minyak kelapa atau minyak masak. Lilitkan tali atau
kain tersebut pada setiap kaki meja, perabot atau yang seangkatan dengannya.
0 comments:
Post a Comment