Wednesday, August 2, 2017

Filled Under:

Pipi ditusuk kayu batang penyapu hanya kerana tanya suami pergi mana



KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah cedera akibat tertusuk batang kayu penyapu di pipi kiri selepas dipukul suaminya dalam pertengkaran yang berlaku, Sabtu lalu 

Dalam kejadian jam 9.30 pagi di apartmen Centerpoint, Batu Caves, mangsa, Phiriyananthiny a/p Louis Elvin, 28 tahun dibawa ke Hospital Selayang dan menerima dua jahitan di pipinya. 

"Semasa saya berada di rumah, saya bertanya pada suami ke mana dia pergi dan kenapa tidak balik semalam. Selepas itu dia terus naik angin dan ambil kayu penyapu terus memukul kepala saya. Malah anak saya juga turut dipukul. 


"Kemudian dia mengambil telefon bimbit saya dan dibuang. Kad pengenalan saya juga turut dirampas sebelum dia mengambil pisau dan mengugut mahu menikam saya. 

"Dia beri amaran agar jangan balik ke rumah. Jika saya balik, dia akan menikam saya sampai mati," katanya. 

Takut dan bimbang dengan keselamatan diri, mangsa terus mengambil anaknya dan keluar dari rumah. Namun dikejar oleh suaminya. 

Mangsa segera mendapatkan bantuan orang awam sebelum dibawa ke Hospital Selayang dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang pada jam 3.46 petang. 

Polis kini sedang mengesan suami mangsa untuk membantu siasatan. 





0 comments:

Post a Comment