DUNGUN, TERENGGANU
- Seorang lelaki yang sesat hampir 10 jam, ketika menahan ikan di kawasan tasik
di hutan Kampung Serdang, kelmarin, berjaya ditemui jam 7 pagi semalam,
lapor Harian Metro.
Mangsa, Zulfakar
Hussin, 30, ditemui selamat selepas sesat berjaya keluar dari hutan itu dan
mencerita ada beberapa perkara pelik yang berlaku ketika tempoh kehilangannya
itu.
Menurut Zulfakar,
kejadian pelik itu mula berlaku selepas dia terpijak seekor ular sawa ketika
mengangkat taut sebelum kaki kanannya tiba-tiba terasa sakit akibat terpijak
sengat ikan.
"Selepas itu
saya ternampak seorang nenek sebelum dia meminta untuk menghisap kaki saya yang
terkena sengat.
"Saya dibawa
nenek itu ke pondoknya dan hanya tersedar selepas terdengar azan Subuh dari
sebuah masjid.
"Saya cuba mencari
jalan keluar sebelum menemui jalan besar dan melihat orang ramai termasuk
anggota polis dan bomba berada di sekitar kawasan itu," katanya.
Ketua Balai Bomba
dan Penyelamat Dungun, Amri Mohamad berkata, sebelum kejadian itu, mangsa
bersama dua orang rakannya masuk ke dalam hutan berkenaan lebih kurang jam 8
malam Khamis.
"Difahamkan
ketika mengutip ikan pada taut dipasang, mangsa dikatakan terpijak sengat ikan
sebelum berkelakuan pelik dan melarikan diri dari kawasan itu.
"Pada masa
yang sama, rakan mangsa yang pelik dengan tindakan mangsa, cuba mengejar
mangsa. Namun gagal sebelum mereka membuat laporan untuk tindakan lanjut,"
katanya.
Sepasukan anggota
bomba bersama polis dan penduduk kampung kemudian melancarkan gerakan mencari
dan menyelamat mangsa di kawasan hutan tersebut.
Mangsa bagaimanapun
ditemui selamat apabila berjaya keluar dari hutan itu dan dibawa ke Hospital
Dungun untuk rawatan lanjut.
Sementara itu di
media sosial, netizen menasihatkan agar berhati-hati apabila masuk ke hutan
lebih-lebih lagi bila di waktu malam.
"Tidak ada
yang mustahilnya dengan izin Allah. Sedangkan jin, syaitan dan iblis pun
sebelum melakukan apa-apa kepada kita, mereka memohon izin dari Allah swt
terlebih dahulu. Bila Allah izinkan, maka terjadilah ia. Kerana tujuannya satu
iaitu agar kita tahu hanya Dia yang mampu membantu kita. Tiada yang lebih
berkuasa melainkan Dia," kata Alif Amran Aminuddin.
0 comments:
Post a Comment