KUALA NERANG, KEDAH
- Seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun melecur 50 peratus badannya selepas
disambar api ketika bermain minyak dengan rakannya.
Gambar yang dimuat
naik oleh Mawar Ahmad sejak jam 11.36 pagi semalam viral di media sosial,
menimbulkan tanda tanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku.
Dalam kejadian yang
berlaku sebulan yang lalu, mangsa, Muhammad Naufal Zafran, 7, sebelum itu dikatakan
telah keluar bermain dengan rakannya dan terjumpa sebotol minyak petrol mesin
rumput yang ditinggalkan di padang itu, dipercayai milik pekerja pemotong
rumput.
"Kisahnya
mangsa bermain dengan kawan. Kawan jirus minyak yang orang mesin rumput tinggalkan
di situ dan terus cucuh api. Nasib baik api terpadam. Si bapa terjumpa mangsa
teriak seorang-seorang.
"Awal
kejadian, kecederaan tak nampak teruk, tetapi selepas sebulan ia kelihatan
teruk. Dah jadi kes polis," tulis Mawar Ahmad.
Mangsa kini masih
berada di wad Hospital Kuala Nerang untuk menerima rawatan. Mawar juga
menjelaskan gambar yang dimuat naik itu adalah gambar dua hari yang lalu.
Bagaimanapun
menurut seorang saksi kejadian yang menggunakan nama Bedah, menafikan dakwaan
kononnya mangsa dianiaya oleh rakan sepermainannya.
"Saya orang
Kuala Nerang dan tahu kisah sebenar. Ada orang tertinggal minyak selepas mesin
rumput. Mangsa sebelum itu memanggil rakannya yang dituduh itu di rumah dan
mengajaknya keluar bermain. Malah ada saksi yang nampak mangsa datang panggil
rakannya di rumah, iaitu jiran mangsa sendiri.
"Kemudian
mangsa pergi dulu dan rakannya keluar tidak lama selepas itu. Mereka bermain di
padang dan terjumpa minyak tersebut.
"Jenis budak-budak
ini bila ternampak sesuatu benda, semua nak dibuat main. Ketika mereka sedang
bermain, api menyambar mangsa. Mangsa cuba nak baling dan buang tetapi terkena
pada belakang badannya. Kalau kata rakannya yang cucuh, sudah tentu tangan dia
juga turut terkena sambar," katanya.
Kata Bedah lagi,
selepas kejadian itu, bapa mangsa membawa anaknya bertemu dengan ibu rakan
anaknya itu sambil marah-marah.
"Semua pakat
tengok masa bapa mangsa brek betul-betul di depan pintu premis di mana tempat
ibu rakannya bekerja. Mangsa menangis dalam kereta, dan si bapa menuduh anaknya
kena bakar.
"Bapa dia kata
anak dia terbakar sebab bermain api dengan anak wanita itu. Ramai lagi saksi
pada masa itu dan saksi di taman perumahan dia pun ada," kata Bedah yang
merasakan tidak wajar rakan mangsa dituduh membakar mangsa.
Difahamkan, selepas
kejadian itu, bapa mangsa membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital
Sultanah Bahiyah (HSB). Laporan polis juga telah dibuat untuk tindakan
selanjutnya (mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Nerang).
Walau bagaimanapun, Mawar
menegaskan dia hanya berkongsi cerita dari apa yang dia dengar dari bapa mangsa
itu sendiri. Malah bukan bertujuan untuk menyalahkan sesiapa tetapi mahu
membantu mendapatkan dana untuk menanggung kos rawatan mangsa.
Sementara itu,
saudara mangsa, Fadilah Foudze berkata, dia juga tidak pasti jalan cerita yang
sebenar. Namun meminta netizen tidak memarahi Mawar yang berniat baik mahu
membantu meringankan beban ibu bapa mangsa.
"Cerita yang
sahih mengenai kejadian saya juga tidak pasti. Cuma jangan marahkan Mawar
Ahmad. Dia berniat baik mahu membantu meringankan beban keluarga paksu dan
maksu saya," katanya.
Kepada yang ingin
memberikan sumbangan, boleh salurkan ke nombor akaun bapa mangsa.
MOHD ZAHIRRUDIN BIN
ZAKARIA
NO AKAUN:
220321177031
BANK: BANK RAKYAT
Untuk maklumat
lanjut, orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi bapa mangsa sendiri di
talian 016-9385291
0 comments:
Post a Comment