Hai, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu permainan
yang mana mungkin boleh menghilangkan sedikit tekanan. Buat anda yang sedang
berperang dengan stress, mari rehatkan fikiran sebentar dengan mencuba
permainan ini.
Permainan yang bakal anda main
ini boleh jadi sangat menyeronokkan, menghampakan atau mengejutkan. Tetapi apa
yang mahu saya tekankan di sini, ini hanylah sekadar permainan sahaja. Jangan
terlalu serius!
Saya tidak suka dengan perkataan
ramalan, cukup letakan permainan ini sekadar hiburan semata. Ya, hiburan
semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup, meninggal dunia ataupun yang
bakal lahir nanti. Hahaha.
Terma permainan
Permainan ini saya panggil
sebagai permainan rehat 5 minit. Ingat! Ini sekadar permainan sahaja. Syaratnya
sangat mudah. Saya akan menyediakan beberapa soalan dan anda perlu menjawab
dengan memilih 3 haiwan yang terlintas di fikiran anda secara random.
Tetapi sebelum anda memilih
haiwan tersebut, pastikan anda cukup tahu tentang sifat atau bentuk haiwan
tersebut di alam realiti. Haiwan pupus, haiwan dongeng atau seperti Tom &
Jerry adalah tidak di luluskan. Haiwan yang bakal anda pilih ini tidak
semestinya menjadi haiwan peliharaan anda, ataupun haiwan yang anda tidak
suka. Mudah sahaja, pilih sahaja yang terlintas secara langsung di fikiran anda
ketika itu tidak kira haiwan kecil atau besar.
Sudah faham? Jika ya, syarat
seterusnya adalah anda dilarang skrol artikel ini, baca bermula perenggan ini
dan fahami setiap pertayaan satu persatu. Ingat, permainan ini hanya menjadi
sekali sahaja dan bukan buat kali ke dua atau seterusnya.
Jika anda sudah jujur dan
bersedia, ada boleh mula skrol ke bawah dan jawab soalan satu persatu.
Permainan bermula sekarang!
Pilih
Haiwan Pertama Anda
Apa ia?
Adakah ia berjalan atau berenang?
Di mana habitatnya?
Bagaimana anda mengambarkannya?
Pandai, rajin, manja, boleh dipercayai berani, atau merbahaya?
Sudah dapat haiwan pertama anda?
Simpan jawapan ini. Ingat! Yang terlintas di fikiran sahaja, jangan fikir lama
sangat.
Dan
Seterusnya Pilih Haiwan Ke-2 Anda
Ok, yang kali ini apa pula?
Adakah ia dari keluarga burung,
mamalia, reptilia atau amfibia?
Di mana ia tinggal?
Bagaimana sifatnya, liar atau
mudah dijinakkan?
Bagaimana haiwan ini berinteraksi
dengan spesies yang sama? Adakah ia cenderung untuk hidup dalam kumpulan atau
bersendirian?
Dapat? Simpan haiwan pilihan ke-2
anda ini baik-baik!
Yang
Terakhir, Haiwan Ke-3
Untuk haiwan yang terakhir ini
anda mungkin sukar membuat pilihan. Tenang sahaja kerana saya masih
menunggu jawapan anda. Jadi, sila bersedia memilih haiwan yang terakhir.
Adakah ia tinggal di dalam laut?
Di tempat tinggi? Atau tinggal di dalam tanah?
Adakah ia jenis haiwan yang baik?
Pemburu, pelindung, cepat belajar atau pantas melarikan diri?
Bagaimana ia, adakah jenis yang
santai atau suka berseronok?
Sudah dapat haiwan terakhir anda?
Jika anda mengikuti permainan ini
dari awal, saya pasti di dalam fikiran anda telah ada 3 haiwan. Jika belum,
anda tidak layak untuk ke bahagian seterusnya.
Sebaik sahaja anda bersedia
melangkah ke bahagian seterusnya, anda tidak boleh berpatah balik. Seperti yang
saya katakan di awal tadi, permainan ini hanya menjadi sekali sahaja. Jadi sila
ingat haiwan yang anda pilih bermula dari yang pertama, kedua dan yang ketiga.
Sebelum itu rehat 15 saat dengan
melihat gambar di bawah.
Sudah bersedia ke langkah seterusnya?
3 haiwan yang anda fikir tadi ialah:
Baik, semua haiwan yang terlintas di fikiran anda tadi sedikit sebanyak mendedahkan tentang diri anda.
- Haiwan yang pertama anda pilih tadi mewakili bagaimana anda fikir pandangan orang lain terhadap anda.
- Haiwan yang kedua pula sebenarnya memberitahu bagaimana orang melihat anda.
- Dan haiwan yang ketiga mewakili siapa anda sebenarnya.
Dapat? Bagaimana pendapat anda tentang ini? Adakah ia sedikit sebanyak mengambarkan apa tentang anda? Ingat ini adalah permainan sahaja, bukan ramalan, ianya hanyalah sekadar hiburan semata. Tiada satu penyelidikan atau kajian pun yang membenarkan kenyataan berhubung sifat haiwan dan manusia.
Ini hanya permainan, jangan terlalu ambil serius ok? Jika permainan ini seakan-akan mencerminkan apa yang sedang anda fikirkan, cuba dapatkan kepastian dengan merujuk sifat haiwan tersebut (menurut pandangan anda) dengan diri anda. Betul atau tidak, hanya anda yang tahu jawapannya.
Seperti yang saya tegaskan, ini hanyalah permainan sahaja. Mungkin seronok jika anda cuba bermain dengan bertanyakan soalan ini kepada rakan-rakan anda. Kalau rasakan ianya menarik, anda boleh simpan artikel ini untuk rujukan pada masa akan datang.
Apa semua ini?
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan beritahu apa yang tersirat di sebalik permainan ini. Begini, tahu atau tidak, permainan ini sebenarnya sudah wujud sejak sekian lama. Seperti yang saya katakan sebelum ini, permainan ini hanyalah sekadar permainan, tiada satu pun kajian atau apa-apa penelitian yang mengesahkan kebenaran tentang ini.
Namun begitu, ramai orang yang mengambil permainan ini secara serius untuk mengambarkan perwatakan seseorang. Jadi jika anda berhadapan dengan soalan seperti ini, sedarlah bahawa tukang bertanya sebenarnya sedang cuba membaca perwatakan anda dan boleh jadi mereka sangat serius tentangnya.
Untuk mengelak anda dilabel dengan kejam hanya kerana seekor binatang, pastikan jawapan haiwan pilihan ke-3 anda tepat! Hahahaha. Berdasarkan komen yang saya dapati, sebanyak 65% mereka yang bermainan permainan ini mengatakan terdapat persamaan antara diri mereka dengan haiwan yang mereka pilih.
Kepada mereka yang memilih tikus, baik untuk jawapan no 1, 2 atau 3, ketahuilah bahwa tikus sangat terkenal dengan sifat perosak! Sedih sungguh. Apa pun, ini hanyalah hiburan semata. Jangan serius, saya kata jangan!
Jawapan saya: kucing, ular, harimau, jawapan anda apa pula? Hahahahah.
0 comments:
Post a Comment