Bulan Mei baru-baru ini banyak
sungguh berita muncul tentang Mark Zuckerberg.
Mula-mula,
beliau mengumumkan yang isterinya, Priscilla Chan sedang mengandungkan anak
kedua mereka.
Kemudian,
Mark menarik perhatian dengan bercuti 'bulan madu' yang sememangnya merupakan
acara tahunan pasangan ini.
Selepas
itu, Mark telah dijemput memberikan ucapan pembukaan semasa majlis konvokesyen
University of Harvard. Sudah semestinya beliau ditemani isteri tercinta.
Nampak gayanya, Mark
sememangnya seorang family man dan
sentiasa bersama-sama dengan isteri ke mana sahaja beliau pergi. Mark tidak takut
menjadi bahan ejekan kawan-kawan lelaki kerana "takutkan mem besar"
atau "bini queen control".
Walaupun
kedua-dua mereka merupakan pasangan selebriti terkenal, namun mereka tidak
pernah menonjolkan kemesraan berpelukan atau bercumbu di khalayak ramai. Tapi
umum sentiasa tahu dan sedar bahawa mereka mempunyai suatu hubungan yang amat
kuat dan istimewa.
Siapa
Priscilla Chan?
Lima
tahun yang lalu, Mark mengejutkan seluruh dunia apabila beliau mengumumkan yang
beliau akan mendirikan rumahtangga. Jika kita perhatikan bakal isterinya ketika
itu - Priscilla Chan, kelihatan macam biasa-biasa saja. Cuma berdarah kacukan
China-Vietnam. Tak adalah hot dan
seksi bagaikan supermodel ataupun kulit putih gebu, mata biru, bulu mata lentik
atau berpipi merah jambu.
Jadi,
siapa sebenarnya permaisuri yang telah berjaya menambat hati raja media sosial
ini?
Kali
pertama bertemu
Mark
dan Priscilla telah berkenalan lama, sebelum Mark menjadi jutawan lagi dan
semasa kedua-dua mereka masih sedang belajar di Harvard.
Bibit-bibit
perkenalan adalah semasa menghadiri sebuah parti yang dianjurkan oleh
fraterniti Mark pada tahun 2003. Apa yang menarik, mereka terserempak semasa
sedang beratur untuk ke tandas. Dari situlah mereka mula rapat dan bercinta.
Pada masa itu, Mark juga
hanyalah seorang pelajar kolej yang biasa sahaja. Beliau merupakan seorang nerd yang selekeh yang banyak
menghabiskan masa dengan pengekodan dan pemprograman. Malah, Mark tidak begitu
disukai para pelajar wanita atas kesilapan membina laman web yang memaparkan
gambar-gambar semua pelajar dengan tidak sengaja.
Walaupun
begitu, Priscilla terjatuh cinta dengan amat mendalam kepada Mark. Begitu juga
sebaliknya, Mark amat mengasihi Priscilla sehingga sanggup berusaha mempelajari
bahasa Cina dalam masa yang singkat supaya boleh meluangkan masa bersama
keluarga Priscilla.
Susah
senang bersama
Pasangan
ini banyak menghadapi susah dan senang bersama sejak awal percintaan. Cabaran
paling besar adalah apabila Mark membuat keputusan untuk berhenti belajar dan
meneruskan usaha membangunkan Facebook.
Cuba
bayangkan jika anda berada di tempat Priscilla, mungkin anda sudah bergaduh
besar ataupun lebih teruk lagi - mungkin anda tinggalkan saja Mark kan? Nampak
macam tak ada masa depan. Tapi Priscilla tetap memilih untuk setia bersama Mark.
Malah,
Priscilla merupakan salah seorang manusia terawal yang mendaftar akaun Facebook
pada 5 Februari 2004.
Cita-cita
bukan mahu jadi kaya
Pada
tahun 2006, banyak tawaran untuk membeli Facebook termasuklah tawaran bernilai
USD 1 bilion daripada Yahoo. Ketika ini, Mark sentiasa bergelut dari segi emosi
dan sentiasa berbincang dengan Priscilla. Namun, mereka bersama-sama membuat
keputusan untuk fokus dengan cita-cita mereka meneruskan Facebook. Mereka
menolak kesemua tawaran yang datang dan kini terbukti keputusan mereka itu
tepat dan berbaloi-baloi.
Walaupun Mark merupakan seorang
yang kuat bekerja, Priscilla adalah seorang wanita bijak yang tahu cara untuk
menjaga hubungan mereka. Dari awal perhubungan lagi Priscilla telah menetapkan
peraturan yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak: satu janji temu setiap
minggu, sekurang-kurangnya 100 minit masa berdua-duaan - bukan di rumah dan
sudah semestinya bukan di Facebook!
Selepas
tamat belajar di Harvard, Priscilla menyambung pelajarannya dalam bidang
perubatan di University of California, San Francisco. Beliau yang amat sukakan
kanak-kanak kemudian bekerja sebagai guru dan tidak bekerja di Facebook.
Bukan
cinta monyet
Pasangan
ini mendirikan rumah tangga pada 2012 selepas 9 tahun bercinta. Undangan
perkahwinan mereka dibuat secara mengejut dan diam-diam sahaja. Kesemua tetamu
amat tidak menyangka pasangan itu akan berkahwin kerana mereka hanya mendapat
jemputan datang ke rumah untuk meraikan hari graduasi Priscilla.
Lagipun
hari perkahwinan mereka dibuat sehari selepas Facebook tersenarai sebagai saham
terbitan awam (IPO). Mungkin itu adalah salah satu strategi Mark untuk
menyambut hari ulang tahun perkahwinan dan hari Facebook tersenarai di IPO
secara serentak setiap tahun. Bijak!
Bersederhana
dalam semua aspek
Majlis
perkahwinan mempelai hanya diadakan di belakang rumah Mark di Palo Alto. Cincin
Priscilla direka sendiri oleh Mark dan tidak pernah ditunjukkan kepada
Priscilla sehinggalah hari perkahwinan itu.
Apa
yang paling penting, Mark buat pertama kalinya kelihatan segak memakai sut.
Pasangan
romantis ini sememangnya amat merendah diri dan hidup dalam kesederhanaan.
Semasa bulan madu mereka di Itali, mereka hanya makan burger McDonald's sahaja
sehingga ada sesetengah akhbar mengusik Mark dengan tajuk berita hangat "Zuck's McHoneymoon".
Mark kemudian terpaksa
memendekkan percutian bulan madu mereka kerana perlu pulang ke pejabat Facebook
untuk menyambung tugasan penting. Disebabkan itulah Mark telah berjanji pada
Priscilla untuk pergi berbulan madu setiap tahun bagi menggantikan bulan madu
asal yang terbantut itu.
Pasangan
prihatin
Mark
dan Priscilla amat aktif melibatkan diri dalam acara amal dan kebajikan.
Sehingga kini, mereka berdua telah mendermakan ratusan juta dollar untuk
pembangunan pendidikan. Malah, selepas melahirkan anak pertama mereka, Max, mereka
berikrar untuk menyerahkan 99% daripada kekayaan mereka untuk tujuan kebajikan.
Daripada kisah cinta pasangan
selebriti kaya-raya ini, kita boleh belajar bahawa cinta tidak mengenal bangsa,
harta dan rupa.
Selain
itu, setiap perhubungan perlu ada sokongan, timbang rasa dan memahami antara
satu sama lain. Nerd-nerd dan
sesibuk mana Mark pun, beliau seorang yang romantik dan amat bertanggungjawab
sebagai seorang suami dan ayah. Priscilla pula terbukti bukanlah perempuan mata
duitan kerana sanggup memulakan kehidupan dari bawah bersama Mark.
Jadi, apa-apa yang pasangan
ingin lakukan, cuba berikan sokongan moral. Jika pasangan anda bercita-cita nak
kurus, janganlah perlekehkan niatnya itu. Jika pasangan anda mahu mula
berniaga, jangan sesekali anda padamkan semangatnya.
Cubalah support mereka dari belakang. Mana tahu
anda juga boleh jadi macam Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan suatu hari nanti.
0 comments:
Post a Comment