Sebab inilah ulama yang tua-tua itu tak nyanyuk, boleh mengajar
macam biasa.Betul dah amalan orang tua tua tidurkan anak guna zikir dulu.
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti
bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk
melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap
hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf
tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang
kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak
terbatas.
Oleh
itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah
seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini
menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak
tersebut.
Apabila
zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut
menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif
ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Dengan
itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru,
melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan
sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara
tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima
kebenaran.
Hasil kajian makmal yang
dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American,
keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di
mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti
otak manusia secara tidak sedar.
Dalam
kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki
membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan
katakerja yang berkaitan.
Apabila
sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak
menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan
korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila
senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali
meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa
perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan
kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh
itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini,
kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima
manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan
berzikir dan secara nyata mengabaikannya.
0 comments:
Post a Comment