KUALA LUMPUR - Baru
saja berusia 24 tahun, namun lelaki ini disahkan menghidap kanser mulut dan
kini menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur.
Lapor mStar,
Muhammad Faid, 24, mula merokok sejak berusia 17 tahun dan menghisap lima
batang rokok setiap hari bersama rakan-rakannya.
Pelajar tahun tiga
jurusan pendidikan di sebuah universiti itu berkata, pada awalnya dia mengalami
masalah ulser di lidah kiri, namun tidak mengendahkannya kerana ia tidak begitu
menyakitkan.
Menurut ibunya,
Anita, 52, berkata, bahagian dalaman mulut anaknya mula luka pada awal tahun
lalu dan ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk sembuh. Pada bulan
November 2016, Muhammad Faid menjalani ujian biopsi dan disahkan menghidap
kanser mulut.
"Antara
November dan Mei lalu, Muhammad Faid mengalami pendarahan sebanyak empat kali
dan terdapat rongga dalam lidahnya.
"Kanser itu
masih berada di tahap 1 dan 2 pada Februari. Tetapi pada bulan Mei, ia sudah
berada di tahap 3. Susulan itu doktor terpaksa memotong sebahagian lidahnya
pada 17 Mei lalu," katanya.
Doktor telah
membina semula lidah dengan lebihan kulit pahanya, dan Muhammad Faid kini boleh
bercakap sedikit, tetapi masih belum boleh makan dan menerima makanan menerusi
tiub. Manakala lubangnya ditebuk di trakea untuk membolehkannya bernafas.
Walaupun punca
kanser itu masih belum diketahui, namun doktor berkata kebanyakan pesakit
kanser mulut terdiri daripada perokok.
0 comments:
Post a Comment