Sunday, August 13, 2017

Filled Under:

Hana-chan berusia 5 tahun tapi pandai memasak dan melakukan kerja rumah. Apakah kisah mengharukan di sebaliknya?



Hana-chan tinggal di Fukuoka, Jepun. Sebagaimana kanak-kanak lain yang perlu ke sekolah dan menyiapkan kerja rumah, begitu juga Hana-chan.


Namun begitu, ada sesuatu yang membezakannya dengan rakan-rakan sebayanya – Hana-chan amat berdikari dan boleh menjaga diri serta ahli keluarga pada usia 5 tahun lagi.
Waktu pagi bagi Hana-chan sibuk sekali. Dia perlu berus gigi dan cuci muka, memberi makan kepada anjing dan membawanya keluar, makan sarapan pagi, berlatih piano dan ke sekolah.
Apabila pulang dari sekolah, Hana-chan menyidai pakaian, melipat baju, memberus tab mandi, membersihkan rumah, menyimpan baju bahkan ada kalanya memasak makan malam untuk ayahnya!



Mesti anda sedang berfikir “Mana pula ibunya? Kenapa kanak-kanak semuda ini disuruh membuat kerja rumah yang banyak?”
Kisah ini bermula pada tahun 2001…
Pada musim panas tahun 2001, ayah Hana-chan, Shingo Yasutake dan ibunya, Chie telah melangkah ke alam perkahwinan. Chie merupakan seorang penghidap kanser payudara yang baru sembuh. Ajaibnya, Chie berjaya mengandungkan Hana-chan!



Chie pernah berkata “Dapat bertemu dengan anak saya merupakan bukti saya pernah hidup. Dia (Hana-chan) merupakan khazanah hidup saya, jauh lebih penting daripada diri saya.”
Namun begitu, kegembiraan keluarga ini amat singkat. Semasa Hana-chan berusia 9 bulan, kanser Chie relaps. Chie mula berfikir dan merancang untuk hari dia bakal meninggalkan Hana-chan.


“Hana-chan, kemahiran memasak penting dalam hidup. Saya ingin mengajar kamu cara memegang pisau dapur, cara melakukan kerja rumah. Pembelajaran boleh diletakkan di tempat kedua. Asalkan tubuh sihat dan dapat berdikari, tidak kira kamu ke mana atau melakukan apa-apa, kamu boleh hidup” kata Chie.


Oleh itu, Chie mula melatih Hana-chan untuk berdikari. Persiapan untuk ke sekolah dan segala kerja rumah yang mampu dilakukan oleh Hana-chan diserahkan kepadanya begitu sahaja.
Pada hari jadi Hana-chan yang ke-4, Chie mula mengajarnya memasak. “Hadiah yang saya beri kepada Hana-chan ialah sehelai apron” kata Chie.




Pada tahun 2008, Chie meninggalkan Hana-chan yang berusia 5 tahun dan suaminya, Yasutake.
Kini, Hana-chan sudah besar dan ingin berkata kepada ibunya “Kesemua bekal makanan sudah mahir saya sediakan. Tidak bergosip, ingat senyum, kesemuanya ibu yang ajar. Walaupun saya sedih tapi saya tidak lagi menangis.”

Pada tahun 2012, Yasutake menggunakan kandungan blog Chie untuk menerbitkan sebuah buku – Sup Miso Hana-chan: 8 Pengajaran Hidup dalam Keluarga Yasutake.
Yasutake berkata “Buku ini tidak mengajar ibu bapa cara untuk mendidik anak-anak. Tujuan saya menerbitkan buku ini adalah untuk mengingatkan Hana-chan tentang semangat ibunya menempuh kehidupan dan ketabahannya menghadapi kematian.”
 Walaubagaimanapun, pastinya buku ini dapat mengajar kita tentang kehidupan!




0 comments:

Post a Comment