Dari apa yang kita
boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk
memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan
Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima
tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi
merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.
Pihak Saudi memberi alasan
bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida’ah/syirik
kerana terdapat ukiran nama sahabat.
Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur
kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.
Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi
makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida’ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda
mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan
bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika
keadaan ini berterusan.
Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan
Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat
tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!
Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, “Mengapa
hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa
tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan
ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga
Al Saud”
PERSOALAN DEMI PERSOALAN
Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar “Penjaga Dua Masjid Utama”.
Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar “Penjaga Dua Masjid Utama”.
Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam
Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada
musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan
hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?
Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?
Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?
Kemudian semua projek
pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum
bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau
tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari
kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa
perbincangan dari semua negara Islam?
Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2
masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki
dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan
bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan
kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di
Mekah.
Contoh pengkomersilan
melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang
terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula
rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang
Kaabah.
Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah
sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah
dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam
isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana “bida’ah” dan di atas
tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan ‘HARAM’ Starbucks, Marks
and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.
Antara kesan yang nyata
akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah
menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu
menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam
ke 5.
Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang
mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang.
Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti
seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.
Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang
memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka
suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and
Co. Islamik kah ini?!
Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah
menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut
undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka
hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk
mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota
apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.
Semoga Allah membantu kita
semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir
zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing
di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas
tujuan menonjolkan kekayaan mereka).
Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa
pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.
Sumber: kemarahanpaklong.com
0 comments:
Post a Comment