Thursday, August 17, 2017

Filled Under:

CARA TERBAIK UNTUK TEGUR KELUARGA ISU SALAM DENGAN BUKAN MUHRIM … SILA SEBARKAN SEBELUM RAYA HAJID INI!!!


Soalan: Bagaimana cara untuk saya menegur sesetengah ahli keluarga saya yang masih bersalaman dengan bukan muhrim? Walaupun sudah banyak kali ditegur, tetapi mereka masih melakukannya.
Contohnya, abang ipar masih bersalaman dengan ibu-ibu saudara sebelah emak saya manakala sepupu-sepupu perempuan sebelah emak dan kakak saya pula bersalaman dengan suami kepada ibu saudara sebelah emak. – Aya, Melaka.
Jawapan UKE:
Mungkin kerana kefahaman yang masih belum utuh dalam kalangan mereka maka soal ini dipandang remeh.
Kedua, persoalan ilmu yang tidak diambil berat maka mereka tidak mengetahui hukum hakam tersebut.
Ketiga, mungkin mereka melihat perkara ini telah berlaku secara meluas yang akhirnya dianggap sebagai kecil.
Saya mencadangkan kepada anda untuk menganjurkan ceramah kekeluargaan ketika ada program yang melibatkan keluarga berkumpul. Di kesempatan tersebut, panggillah seorang guru menerangkan hukum bersalam dan yang berkaitan.
Sebelum itu, anda terlebih dahulu perlu mempraktikkkan di peringkat paling hampir dengan anda dan gunakan konsep berbisik atau slow talk dengan mereka untuk memahamkan mereka tentang konsep batal wuduk atau bersalam.
Sumber: Datuk Ustaz Kazim Elias/Utusan
P/S: Raya qurban dah dekat, nanti ramai yang akan berkunjung ke rumah… sebelum hampa semua tersilap macam raya-raya sebelum ni baik buat apa yang Ustaz Kazim kata ni. Orang beraya dapat pahala hampa beraya dapat dosa. Selamat mencuba! 






0 comments:

Post a Comment