YAN –
Seorang warga emas berusia 71 tahun menerima tujuh jahitan pada keningnya selepas
ditumbuk anaknya dalam kejadian di sebuah kampung di Sungai Limau di
sini tiga hari lalu.
Ketua
Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata dalam kejadian 4.40
petang Rabu itu, mangsa dikatakan mahu keluar dari rumah
menerusi pintu belakang untuk memberi makan ayam peliharaannya.
Anak
mangsa berusia 38 tahun yang ketika itu sedang duduk di situ tidak
berpuas hati dan marah apabila bapanya meminta dia beralih dari
situ lalu bertindak memukul muka mangsa.
Mangsa
yang tidak melawan telah mengalami kecederaan pada bahagian kening sebelah
kanan lalu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis
Daerah Yan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya suspek
ditahan pada 11 malam hari sama dan ujian air saringan air kencing
terhadap suspek mendapati lelaki itu juga postif dadah.
Kes
disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya. –
BERNAMA
0 comments:
Post a Comment