BATU PAHAT, JOHOR -
Mohd Hafizi Jumhari, 30, dan isterinya, Noorismaliza Ahmad, 27, memerlukan
bantuan sumbangan orang ramai bagi mengumpul dana untuk merawat bayi mereka
yang tidak mampu menjalani kehidupan normal sejak lahir.
Difahamkan,
Muhammad Arjuna Hafizi, anak bongsu dari lima beradiknya sehingga kini tidak
pernah merasai susu ibunya dan Hospital Sultan Ismail (HSI) menjadi tempat
tinggalnya sejak dilahirkan 30 April lalu selepas menerima rawatan di Hospital
Sultanah Nora Ismail (HSNI).
Menurut Mohd
Hafizi, anaknya seringkali mengalami serangan sawan dan akibat kecederaan di
bahagian dalam otak. Doktor kini masih menyiasat jenis virus yang menyerang
otak anak mereka.
25 Julai lalu, Mohd
Hafizi meluahkan rasa sedihnya dan meminta orang ramai tampil membantu anak
mereka.
Ayah mana yang
sampai hati melihat keadaan anaknya seperti ini. Hari ini di depan mata sendiri
dapat melihat Muhammad Arjuna Hafizi diserang sawan. Terenjat-renjat tubuh si
kecil ini seperti terkena renjatan elektrik.
Allahu, menitis air
mata di saat melihat Muhammad diserang sawan. Betapa kuatnya semangatmu wahai
anak, melawan segala kesakitan yang kamu hidapi.
Buat pengetahuan
semua, sawan yang dihidapi oleh Muhammad ini bukanlah sawan seperti kanak-kanak
yang mengalami demam panas itu. Sawan yang terjadi ini berlaku adalah kerana
gangguan saraf akibat kecederaan yang berlaku di otak.
Bagaimana
kecederaan di otak boleh berlaku? Perkara itu masih dalam siasatan dan rawatan
doktor.
Buat masa ini,
hanya ikhtiar doktor, jururawat dan doa daripada keluarga, para sahabat dan
rakan-rakan di luar sana sahajalah yang dapat menjadi harapan buat Muhammad
Arjuna Hafizi.
7 Ogos lalu, genap
100 hari usia Muhammad Arjuna Hafizi. Keadaannya semakin merosok.
Bermacam-macam jenis ubat sudah dimasukkan ke dalam badannya tetapi masih
datang juga sawannya. Muhammad muntah-muntah setiap kali diberi susu sampai
badannya lemah longlai.
Ikhtiar secara
perubatan alternatif juga telah dilakukan, namun masih belum menunjukkan
sebarang perubahan positif. Mungkin Allah masih belum izinkan Muhammad sembuh,
mungkin perlu lebihkan lagi doanya. Jalan terakhir pindah ke hospital swasta
dan mungkin di sana lebih ramai pakar yang arif tentang permasalahan Muhammad.
Tetapi kosnya pula mencecah ratusan ribu ringgit.
Ya Allah,
tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk anakku ini. Permudahkanlah segala-galanya
ya Allah. Sembuhkan segala kesakitan yang dihadapinya. Kalau boleh pindahkanlah
segala sakit anakku ke atas diriku. Aku dah buntu.
Segala jasa baik mereka-mereka
yang tidak henti-henti menghulurkan sumbangan, memberi kata-kata semangat dan
tidak putus-putus mendoakan Muhammad Arjuna Hafizi saya amat hargai. Semoga
jasa dan budi baik kalian, Allah sahajalah yang mampu membalasnya. Amin
YRA.
P/S: Di bawah ini
saya sertakan sekali nombor akaun bank isteri saya buat mereka yang berhati
mulia, yang sudi menyumbang untuk dana perubatan Muhammad Arjuna Hafizi dan
juga disertakan nombor telefon saya untuk sebarang pertanyaan.
No. Akaun Maybank:
1514 6325 0066
Nama pemegang
akaun: Noorismaliza Ahmad
Nombor telefon
Fizie Joe: 012-9930360
0 comments:
Post a Comment