Pada tahun 1973, pejuang Bangladesh menyertai rakyat Mesri,
Syria dan Palestin menentang Israel semasa Perang Oktober. Mengikut Fathi Abu
al-Aradat “Terdapat sekitar 1000 hingga 1500 daripada mereka. Terdapat juga
Batalion-batalion yang semuanya adalah warga Bangladesh”
Pada tahun 1980, terdapat
beribu-ribu rakyat Bangladesh datang ke Lubnan sebagai sukarelawan dan
menyertai pejuangan Palestin. Menurut Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat,
pada tahun 1987, kerajaan Bangladesh dilaporkan telah menawarkan seramai 8000
belia untuk menyertai Pertubuhan Pembebasan Palestin. Penawaran tersebut
berlaku selepas lawatan Yasser Arafat ke negara tersebut.
Laporan itu juga menyatakan
beberapa tokoh tentera Bangladesh telah dihantar ke Palestin untuk mengambil
bahagian dalam latihan ketenteraan.
Setiausaha Fatah, Fathi Abu
al-Aradat memberitahu Al-Akhbar “Saya masih ingat mereka ini sangat
berdisiplin. Mereka mempunyai semangat yang luar biasa. Apabila Israel
menyerang dan menawan beberapa pejuang Bangladesh, mereka berkata ‘PPP, tidak
kepada Israel’ walaupun diseksa dengan teruk. Mereka juga mempunyai hubungan
yang baik dengan pejuang lain.”
Ziyad Hammo, seorang pegawai
PFLP-GC memberitahu “Mereka mempunyai bakat ketenteraan tetapi banyak bertugas
sebagai pembawa senjata dan penjaga pejabat tertentu. Tetapi jika mereka
dikehendaki berjuang, mereka akan berjuang.”
Kamal Mustafa Ali warganegara
Bangladesh pernah digelarkan sebagai ‘wira yang syahid’. Beliau bersemadi di
pinggir Kem Pelarian Shatila. Di atas batu nisan beliau, terukir ayat al-Quran
“Dan jangan sekali-kali engkau
menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu
mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi
Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”
Kamal Mustafa Ali syahid semasa
pertempuran menentang Israel di ‘Castle of the High Rock’, terletak di wilayah
selatan Nabatiyeh yang diperintah oleh Kerajaan Lubnan.
Pada tahun 2004, kubur Kamal
Mustafa Ali telah digali dan mayat beliau telah dihantar pulang ke Bangladesh
dan disemadikan disana sebagai mengingati pejuang beliau menentang Israel.
SUMBER: Al-Akhbar
0 comments:
Post a Comment