Wednesday, August 2, 2017

Filled Under:

5 Tabiat Harian Yang Akan Mempercepatkan Proses Penuaan Kita



Proses penuaan adalah satu proses semulajadi yang tidak ada individu dapat elakkan. Walaupun begitu, kita bernasib baik kerana kita masih lagi boleh menjaga diri kita daripada beberapa tabiat tertentu yang akan mempercepatkan proses penuaan kita.
Berikut adalah 5 tabiat yang selalu kita amalkan yang akan membuatkan proses penuaan badan kita menjadi lebih cepat berbanding biasa.

1. Suka berjaga malam




Ketika usia remaja, berjaga malam memang menyeronokkan kerana kita punya banyak masa untuk berseronok, namun menjelang usia dewasa, berjaga pada waktu malam mampu membuatkan kita kelihatan lebih tua daripada biasa. Apabila kita berjaga malam, kita akan kekurangan tidur yang cukup dan akan menyebabkan mata kita kelihatan bengkak dan sembab. Kita akan kelihatan kurang bermaya dan kelihatan kusam.

2. Suka berdendam



Setiap hari kita dihujani dengan tekanan dan stress yang datang dari pelbagai sudut seperti pekerjaan, masalah di rumah, trafik dan sebagainya. Terdapat kajian yang membuktikan wujudnya hubungan di antara kesihatan badan dan orang yang mudah memaafkan. Apabila seseorang itu kurang pemaaf, ini akan meningkatkan sistem aktiviti saraf yang mengawal kebimbangan dan akan menggalakkan rembesan hormon kortisol. Kortisol akan membuatkan penambahan berat, kenaikan tekanan darah, meninggikan kadar gula dalam darah dan meningkatkan risiko diabetis.

3. Berhenti bersenam



Orang ramai selalu mengamalkan senaman dengan mempunyai sasaran tertentu dan menghentikan senaman selepas sasaran tercapai. Banyak penyelidikan sudah membuktikan dengan senaman yang berterusan, akan menurunkan kadar kortisol serta meningkatkan hormon seperti testosterone yang banyak memberi faedah pada individu. Pihak American College of Sports Medicine menyarankan 30 minit diperuntukkan untuk aktiviti senaman setiap hari.

4. Suka makanan dan minuman bergula



Gula mempercepatkan kadar penuaan badan kita. Memakan gula berlebihan akan menyebabkan kerosakan pada kulit, seperti masalah jerawat dan kedut-kedut muka. Apabila kita makan gula dan gula diproses oleh badan, ini akan menghasilkan molekul baru yang digelarkan AGE yang akan merosakkan fiver-fiver protein yang mengawal tahap keanjalan kulit.


5. Tidur meniarap muka ditutup bantal



Apabila kita selalu mengenakan tekanan ke atas kulit muka dengan bantal semasa tidur, ini akan menghasilkan trauma pada kulit muka. Apabila ada tekanan pada muka yang terhasil akibat geseran dengan sarung bantal, ini akan menghasilkan kedut akibat kolagen yang pecah. Keupayaan kulit untuk memulihkan keanjalan wajah juga terhenti kerana peraliran darah tersekat akibat tekanan yang wujud pada wajah. Tidur dengan wajah tidak ditutup membantu mengelakkan masalah ini berterusan.




0 comments:

Post a Comment