Wednesday, August 9, 2017

Filled Under:

14 imej yang memberikan inspirasi ini pasti akan menyentuh hati anda!




Sangat mudah untuk meratapi nasib diri dan berduka cita mengenangkan ketidakadilan yang berlaku di dunia ini. Tetapi sikap ini tidak akan membawa kita ke mana-mana, malah ianya hanya akan memakan diri kita sendiri, percayalah!
Sebab itu di sini kami kumpulkan beberapa imej yang memaparkan keharmonian dan amalan murni individu-individu ini dari serata dunia untuk tatapan anda.
Semoga imej-imej ini akan membuatkan kita semua berasa optimis dan berbaik sangka sesama kita!


1.Kanak-kanak perempuan cuba mengesatkan air mata watak filem di dalam TV


2.Mereka baru sahaja bertemu di lapangan terbang tetapi hal itu tidak menghalang mereka memeluk satu sama lain


3.Seorang ahli bomba memakaikan topeng oksigen kepada seekor kucing yang baru sahaja diselamatkan dari sebuah bangunan terbakar


4.Seorang tentera laut berlari bersama kanak-kanak ini yang ketinggalan jauh di belakang peserta-peserta lain


5.Nenek berusia 84 tahun ini berasa malu untuk berjalan sekeliling hospital memakai gaun tidur. Jadi, cucunya memakai pakaian yang sama untuk memberikan dorongan


6.Seorang pekerja syarikat pembersihan memakai kostum adiwira untuk menceriakan pesakit kanak-kanak di sebuah hospital


7.Sekali seminggu, lelaki ini menawarkan khidmat menggunting rambut pecuma kepada golongan gelandangan


8.Dua orang surfer membantu anak jerung ini yang tersesat


9.Seorang warga tua membantu seorang pemuda mengikat tali leher





10.Cara kreatif untuk menyusukan empat ekor anak anjing yang kelaparan secara serentak





11.Dua orang pemuda menyelamatkan seekor kambing yang sedang dihanyutkan arus kuat





12.Orang ramai bekerjasama untuk menolak gerabak kereta api untuk membebaskan seorang wanita yang tersepit di antara platform menunggu dan gerabak berkenaan



13.Kumpulan pengayuh basikal ini mengambil masa untuk memberikan minuman kepada seekor koala yang mengalami penyahidratan



14.Seorang kanak-kanak yang memeluk kawan baiknya









0 comments:

Post a Comment